Followers

Wednesday, March 20, 2013

Persediaan Awal Ibu Hamil

Assalammualaikum....

To all readers, hari ni saya nak kongsikan artikel berkaitan persediaan awal bagi ibu hamil.


Pengalaman mengandung sulung bagi sesetengah ibu amat menyeronokkan dan bagi sesetengah ibu yang lain pula, mungkin mendatangkan masalah dan dibelenggu perasaan takut, kerana perubahan yang ketara dari segi fizikal dan mental. Ibu yang mengandung seharusnya membuat persediaan rapi dalam menghadapi saat-saat kehamilan. Ini bagi memastikan kesihatan diri dan kandungan berada dalam keadaan yang baik. Selain itu, suami juga perlulah memberikan sokongan kepada isterinya agar si isteri tidak menghadapi tekanan dalam tempoh kehamilannya.

Kesan-kesan Semasa Kehamilan

Dalam proses pembesaran bayi dalam kandungan, si ibu akan merasakan lenguh di bahagian kaki. Bahagian betis, peha dan jari-jari kaki akan terasa sakit dan adakalanya ia boleh menyebabkan kebas atau kejang. Sakit seperti ini biasa berlaku di kalangan ibu yang mengandung. Oleh itu, para ibu tidak perlu takut jika ia sekali sekala menyerang anda.





Semasa mengandung, kulit di bahagian perut dan payudara akan menjadi tegang, ini kerana anak di dalam kandungan yang semakin membesar. Ketegangan kulit di perut dan payudara akan menyebabkan ia kering dan gatal. Bagi mengelakkan kekeringan kulit, ibu-ibu digalakkan menyapu bahagian yang kering itu dengan baby oil atau minyak zaitun. Ibu-ibu juga diingatkan supaya tidak menggaru kulit yang kering itu kerana ia akan memudaratkan.





Pada 12 minggu pertama kehamilan, payudara akan mula membesar. Ini kerana proses pembentukan susu dan adakalanya payudara akan membengkak. Tetapi ia boleh diatasi dengan penjagaan yang lebih teliti. Perkara asas yang perlu dititikberatkan adalah pemakaian anak baju. Anak baju yang paling sesuai ialah daripada jenis kapas berbanding nylon, kerana ia berupaya menyerap udara.



Anda dikehendaki memakai anak baju setiap masa apabila usia kandungan menjangkau lapan bulan. Pada waktu inilah payudara memerlukan penjagaan yang paling baik. Payudara perlu ditampung setiap masa pada waktu ini. Bagi ibu yang mengandung sulung, anda akan dapati puting susu akan mengeluarkan sejenis cecair, iaitu ‘coloestrum’. Jangan risau, kerana itu adalah bahan permulaan untuk mengeluarkan susu. Jika anda berasa tidak selesa, lapikkan payudara anda dengan kain dan tukarlah ia apabila telah basah.

Menurut seorang pakar Neurosains, Prof. Dr. Haji Azizan Haji Ismail, ibu yang mengandung adalah tidak digalakkan meminum minuman yang berkafein seperti Nescafe atau kopi. Hal ini akan menyebab tumbesaran anak di dalam kandungan terganggu. Makanan yang mengandungi alkohol dan karbohidrat (roti, kentang, gula dan cokelat) juga perlu dielakkan. Makanan berkhasiat seperti telur, ikan, keju, daging dan hati perlu diambil ketika mengandung. Buah-buahan seperti limau, pisang, betik, tembikai, dan sebagainya juga baik untuk dimakan. Minumlah susu sebanyak mungkin kerana ia mempunyai kalsium yang baik untuk anda dan anak anda.

Dalam tempoh kehamilan, si ibu memerlukan rehat yang cukup bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Mental yang terganggu akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan juga anak di dalam kandungan. Pada waktu ini anda tidak digalakkan melakukan kerja-kerja berat. Satu jam selepas makan tengah hari, anda digalakkan berbaring dan membaca bahan bacaan yang ringan. Rehatkan fikiran anda dengan melakukan kerja-kerja yang ringan seperti menjahit, menyulam dan sebagainya.

Mungkin ramai ibu yang tertanya-tanya adakah boleh melakukan persetubuhan semasa mengandung? Dari segi kesihatan, hal ini tidaklah menjadi masalah pada awal kehamilan, cuma apa yang perlu difikirkan adalah caranya menyenangkan anda dan pasangan anda.

Pada empat minggu terakhir kehamilan, anda tidak digalakkan melakukan persetubuhan. Ini kerana dalam tempoh ini anda memerlukan rehat yang cukup. Tidak salah jika ia perlu dilakukan, tetapi ia akan menyebabkan anda merasa sakit. Sebaik sahaja melahirkan anak, persetubuhan haruslah dielakkan sekurang-kurangnya enam minggu. Ini membolehkan bahagian-bahagian kelahiran untuk berehat dan pulih seperti sediakala.



Credit to http://realitialamperkahwinan.blogspot.com

Monday, March 18, 2013

Kenapa Rasa Tak Selesa Ketika Preggy?

Assalammualaikum...

Hi semua! Nampak tak tajuk kat atas? Hurm...itu lah yang saya rasa sekarang. Makin menjadi-jadi rasa tu. First trimester, bahagia gila.. tak ada loya, muntah, pening and most important tak ada alah. Tapi bila masuk trimester ke-2, baru rasa semua benda ni. Selera makan sekarang ni teruk. Asyik tak lalu ja.

So, sini ada beberapa info untuk mommies to be yang merasa ketidak selesaan tu. Punca-puncanya mungkin disebabkan oleh:


keluar cecair putih dari vagina
-dinamakan LEUKORRHEA; cecair yang tak berbau atau berwarna keruh dan bau sedikit.
-sewaktu hamil cecair itu akan keluar dengan banyak mungkin disebabkan oleh peningkatan produksi estrogen dan aliran darah yang banyak pada kawasan vagina.

kembung dan berangin
-kerap sendawa dan kembung disebabkan ketika hamil paras progesteron ibu hamil meningkat dan memperlahankan pergerakan tisu otot dalam tubuh.
-keadaan ini membuatkan proses penghadaman jadi lambat hingga terjadinya angin, kebung, sendawa malah membuatkan perut berbunyi-bunyi walaupun selepas mengambil makanan berat.

pendarahan pada gusi
-gusi bengkak dan mudah rasa sakit kadangkala berdarah bila memberus dan melakukan floss
-disebabkan oleh paras progesteron yang tinggi, di mana bakteria pada plak gigi bertindak balas dengan cepat terhadap gusi.

sembelit
-terjadi disebabkan hormon progesteron yang menyebabkan makanan lambat bergerak seterusnya membuatkannya lambat untuk mengalami proses penghadaman.
-akan jadi lebih sukar bila janin semakin membesar langsung memberi tekanan kepada bahagian rektum.

penghasilan air liur berlebihan
-sesetengah wanita merasakan penghasilan air liurnya ketika hamil lebih banyak terutama ketika mereka mengalami loya, hinggakan ada yang terpaksa meludah dengan kerap.

buasir
-sesetengah wanita mengalami buasir pada kehamilan pertama mereka.
-bagi sesetengah wanita yang pernah mengalaminya sewaktu sebelum hamil, berkemungkinan mereka akan mengalaminya semasa mengadung.

kulit gatal
-selalunya keadaan ini dialami sekitar perut dan payudara kerana kulit pada bahagian ini menegang.
-pada masa inilah, mereka yang mengalami masalah kulit kering, ekzema dan alahan makanan akan jadi lebih bermasalah.
-kegatalan yang melampau boleh menyebabkan masalah pada kehamilan.

hidung berdarah
-kehamilan boleh menyebabkan saluran darah pada hidung mengembang, secara tak langsung menyebabkan bekalan darah pada bahagian itu meningkat sekali gus beri tekanan kepada saluran yang mengembang itu tadi.
-keadaan ini membuatkan saluran itu lebih mudah terpecah.

jangkitan fungus
-setiap wanita biasanya mempunyai sejumlah fungus pada vagina, ia akan jadi masalah sekiranya fungus yang ada pada kawasan itu membiak dengan pantas sekali gus menggalakkan pertambahan mikroorganisma lain.
-semasa hamil, hormon estrogen yang tinggi memudahkan fungus bertambah dengan cepat.




Harap sangat info yang diberi ni dapat membantu semua!
Credit to http://littleworldofzil.blogspot.com