Followers

Sunday, July 31, 2011

Kelebihan Solat Terawih

Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama

  • Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kedua

  • Diampunkan dosa orang-orang yang beriman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa-dosa kedua ibubapanya.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketiga

  • Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malam-malam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempat

  • Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelima

  • Allah SWT akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang-orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjidil Madinah dan Masjidil Aqsa.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuh

  • Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapan

  • Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesepuluh

  • Allah SWT mengurniakan kepadanya kebaikan dunia dan akhirat.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesebelas

  • Ia meninggal dunia di dalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduabelas

  • Ia akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigabelas

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keempatbelas

  • Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelimabelas

  • Semua malaikat yang memikul ‘Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

  • Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketujuhbelas

  • Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Kelapanbelas

  • Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Kelebihan Solat Tarawih Malam Kesembilanbelas

  • Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh

  • Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh satu

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh dua

  • Ia akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tiga

  • Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh empat

  • Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lima

  • Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh enam

  • Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh tujuh

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh lapan

  • Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.
Kelebihan Solat Tarawih Malam Keduapuluh sembilan

  • Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Kelebihan Solat Tarawih Malam Ketigapuluh

  • Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumlah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.



Salam Ramadan..... 2011


Tiada Hari seindah Jumaat, Tiada kata seindah Zikir, Tiada Ibadah seindah Solat, Tiada Bulan seindah Ramadhan, maaf atas segala keterlanjuran.. Salam Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat Berpuasa,....
  KEPADA SEMUA SAHABAT.. AMPUN DAN MAAF DIPINTA.. SUPAYA JIWA KITA LEBIH TENANG KALA MENJALANI IBADAH DIBULAN MULIA INI..
MA’A SSALAMATUFILKIRAAM………


Friday, July 29, 2011

Hakikat Seorang Wanita

Hakikat Seorang Wanita

Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tiada dalam syurga? Namun adam tetap rindukan hawa.


Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok. Untuk diluruskan oleh lelaki. Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus, Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus. Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah, Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.


Didiklah mereka dengan panduan darinya. Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar. Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita. Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.


Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.


Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman.


Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.


Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab. Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan. Ia bukan diskriminasi Allah.Sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...


Wanita yang lupa hakikat kejadiannya, Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan. Tanpa iman, ilmu dan akhlak, mereka tidak akan lurus, Bahkan akan semakin membengkok. Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...


Bila wanita menjadi derhaka,pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara. Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata! Tapi binalah kepimpinan. Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya. Jinakkan diri kepada Allah. Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu. Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra' Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali karamallahuwajhah.



*sumber: syok.org 

Thursday, July 28, 2011

3 Rahsia Lelaki Yang Wanita Mesti Tau!!

1) Kenapa lelaki selalu kata nak telefon tapi takdak pun?

Bila dia call maksudnya dia ambil berat; dia cintakan anda; inilah biasanya definisi cinta bagi wanita dalam hal ni.

Definisi lelaki pulak; bila aku kerja kuat dan ada pendapatan yang stabil, aku, pasangan dan keluarga aku akan hidup dengan selesa; semua ini sebab aku sayang, cinta dan ambil berat.

Kalau dia tak call pada masa yang dijanjikan, mungkin dia sibuk, terlupa atau anda boleh tuduh/kata atau rasa anda seolah-olah tak penting dalam hidup dia. Namun itu TIDAK bermakna dia tak cintakan anda!

2) Lelaki tak suka anda bersikap seperti seorang ibu.

Jangan layan lelaki macam budak kecik, jaga semua keperluan dia hingga ke perkara yang kecil-kecil. Banyak benda yang dia boleh buat sendiri dan anda boleh/perlu memberi sokongan untuknya melakukan sendiri.

Lelaki TAK perlukan seorang lagi ibu! Kalau anda bersikap seolah-olah ibu yang menjaga segalanya untuk dia, percayalah dia akan mula mencari cinta yang lain.

3) Perasaan harga diri lelaki antaranya datang dari kejayaannya dalam karier dan apa yang diusahakan.

Oleh itu, amat penting untuk anda memberikan masa, peluang dan ruang untuk dia bercakap tentang kejayaan dalam hidupnya, walaupun boring la pulak anda mendengarnya. Adanya anda sebagai seorang pendengar yang baik pada masa itu adalah satu signal yang menyatakan kepadanya bahawa; Anda adalah seorang yang mengambil berat, prihatin, seorang yang boleh berkongsi hidup bersama dirinya, seorang yang boleh diharapkan, anda seorang yang amat pengasih dan dia pasti selesa dan suka bersama anda!
 

10 Hadiah Utama yang Sering Dilupai Untuk Orang Tersayang

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1.
Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2.
Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3.
Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4.
Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5.
Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6.
Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7.
Hadiah Bersendirian: Adaketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8.
Hadiah Keceriaan: Cubasedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9.
Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10.
Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.



*artikel dari: http://www.tentangcinta.com/artikel-cinta/10-hadiah-utamayang-sering-dilupai-untuk-orang-tersayang/ 


Jika isteri menangis


Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan
menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.

Dia akan menurunkan rasa EGOnya.


Wahai suami2,

Jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam...

Wahai suami2,
Jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya.
Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?

Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”

Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya.
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya...
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.

Tetapi.....
Dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…






***Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal agar
mereka tidak lupa bahwa ISTERI mrk begitu berHARGA… Dan sangat berHARGA.

Tuesday, July 26, 2011

Andainya lelaki tahu..

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu
mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan jarang mengatakan
I Love U, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percayakata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana  kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. Andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..Apabila perempuan berkata,
tolong tinggalkan saya!, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. Perempuan sukar untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyokong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.




* entry ni bkn original dr aku...just aku kongsikan utk pembaca sekalian.... apa2 pun..aku rasa semua yg ditulis itu mmg ada pada naluri seorang perempuan....sbb aku sndri perempuan dan aku nak lelaki tahu apa yg perempuan rasa......

Monday, July 25, 2011

Padan Muka..Blagak Sangat!!

Majid, seorang pemuda yang masih bujang, pendiam dan amat pemalu. Pada hari raya yang lalu, Majid telah berkunjung ke rumah rakannya. Dalam perjalanan menuju ke rumah rakannya, Majid telah terpandang seorang gadis yang dikenalinya semenjak sekolah lagi. Hatinya telah terpikat, dan berhasrat untuk memperisterikannya.

Majid telah menyuarakan hajatnya kepada kedua orang tuanya, dan menunjukkan lokasi rumah gadis tersebut supaya senang kedua ibubapanya hendak pergi meminang nanti. Selepas itu, Majid pun pulang ke bandar dan meninggalkan urusan tersebut kepada orang tuanya.
Selang beberapa hari, kedua orang tua Majid telah mengunjungi rumah gadis tersebut untuk tujuan merisik. Setelah beberapa lama bersembang, bapa gadis tersebut pun bertanya kepada ibu bapa Majid…

Bapa Gadis : Yang sebenornyer, amende ke hajat aokme berdua ni datang ke rumoh kome yak buruk ni?...
Bapa Majid : Ye la.. dari tadi beborok, tak nyer kabor mender hajat yer.. Ha, moknyer.. Ace kabo ke hajat si Majid te…

Emak Majid : Gini la.. yang sebenornyer, anok bujang kome te, dah terbekenan dengan anok dara aokme.. jadinyer kome ni nok la nanyer, dah ander ke orang yang punya? Kala belum ander, kome nok la merisik-risik…
Emak Gadis : Ooo.. kesohnyer, kome ni pun tok kenei lagi dengan anok deme te… Mende kerjanyer?....
Emak Majid : Ntoh.. keh ni tk berapa reti nok nyebut base omputih.. keknye base Melayunyer.. dia kabo keje drebo jer…
Emak Gadis : Oooo.. Drebo jer..(Mencebek selalu).. Gini la.. yak sebenornyer, anok kome te..sebenornyer, dah ander orang meminang.. (Dah setat buat pedooh…) Budok jantan te keje opisboi kat Pejabat Tanoh te…
Bapa Gadis : Ha’ah.. (Menyokong..) Kome pon mintok maah la yer, mendenyer aokme ni pon tok tau yak anok kome te dah ander yak mintok… Kiranyer takde jodoh la.. Nok goner kan yer….
Bapa Majid : Ye la.. Mengkala dah gitu, kome pon tak buleh la nok buat mende.. Mende anok kome pon tok setarah dengan anok aokme.. Nanti la kome kabo ke anok bujang kome nanti…
Emak Gadis : Ye la.. memang tok setarah lalu... Anok kome kerani pejabat loyar.. anok deme drebo..
Lalu kedua ibu bapa Majid pun memohon untuk berundur. Selesai bersalaman, sedang mereka menuruni tangga, emak gadis tersebut pun bertanya…
Emak Gadis : Drebo mende anok aok te?.. Lori Balok ke Lori Bijih…?
Emak Majid : DREBO KAPEITEREBANG!!! (Sambil masuk ke dalam kereta..)..




ANTARA IBU DAN ISTERI...

Assalammualaikum...

nak bagitau.. cerita ni kawan saya yang hantar pada saya. "(Harap kita dapat sedikit pengajarannya)" 
Tujuan saya hantar ni adalah untuk peringatan buat kita semua dan jadikan ia sebagai ikhtibar...
Tidak ada niat selain daripada itu.


Jika di tanya antara emak & isteri, sebagai lelaki sudah tentunya kita akan lebih memilih ibu sebagai keutamaan namun tanggungjawab sebagai suami terhadap isteri wajib dilaksanakan walaupun syurga dibawah tapak kaki ibu..

Saya tertarik soal ini kerana perkara ini pernah berlaku pada arwah ayah saya dahulu semasa awal perkahwinan dia dgn ibu saya, ayah tidak mendpt restu dari seluruh ahli keluarganya.  Namun dgn semangat dan azam serta doa dgn izin Allah, mereka selamat diijabkabulkan walaupun family ayah saya tidak menyukai ibu saya.

Ibu saya kacukan Cina + Pakistan.. namun ayah saya juga kacukan Melayu + Belanda.. tapi masing2 ada kedudukan sendiri..& waktu itu ibubapa kedua2 belah pihak saling bermusuhan dan saya tidak tahu kenapa.  Tapi demi semangat cinta ayah saya terhadap ibu saya maka lahirlah zuriat seramai 5 orang tapi dua darinya meninggal dunia.  Walaupun ibu
saya banyak terluka dgn sikap nenek serta ahli keluarga ayah, tapi dengan dorongan & semangat ayah terhadap ibu, ibu tabah menghadapi pelbagai tohmahan yang dilemparkan terhadap ibu.  Namun begitu ayah tetap setia pada ibu.  Itulah dinamakan cinta sejati.

Ayah saya tidak pernah menderhakai nenek walaupun nenek sering menghina ibu, namun saya tetap bersyukur kerana ayah tidak pernah melenting atau memarahi ibu kerana ayah tahu ibu tidak begitu teruk perangainya seperti yang diwar2kan.  Ayah selalu memujuk nenek supaya tidak memarahi ibu dan berkata benda yang baik2 aje tapi nenek tetap tidak suka.  Kadang2 tu ibu selalu mengeluh serta tersentuh apabila ayah tak pernah memarahi nenek serta adik-beradiknya yang lain ketika ibu di lemparkan kata2 nista, ayah tetap berdiam diri dan memujuk ibu bersabar, ayah tetap tidak pernah meninggikan suara terhadap nenek. 
 
Ayah mempunyai 13 adik-beradik dan ayah merupakan anak kedua...walaupun ayah saya seorang yang pandai serta mempunyai pelajaran tinggi tetapi ayah lebih komited terhadap keluarga berbanding dgn abang adik beradiknya yg lain.. Ayah berusaha gigih menolong menaikkan taraf hidup nenek dan juga ibu... setiap kali nenek jatuh sakit, ayah cepat2 pergi melawatnya walaupun ketika itu ayah uzur... jarak rumah nenek dgn rumah ibu hanya 200 meter sahaja.

Sepanjang saya dilahirkan, tak pernah ayah memburukkan nenek serta adik-beradiknya.  Ayah lebih suka mendiamkan diri.  Ketika rezeki ayah datang mencurah2, ayah tak pernah melupakan nenek & adik-beradiknya.  Malah apapun yang nenek hendak, ayah akan turuti.  Itulah kasih sayang sorang anak terhadap ibunya.  Ayah bagi duit sama rata walaupun nenek seorang yg kaya kerana datuk saya seorang Arkitek.  Ayah selalu berterus terang jumlah duit yg telah dia serahkan kpd ibu & jumlah kepada nenek.. ayah tak pernah merahsiakannya...dari pengetahuan nenek mahupun ibu..

Tapi apabila ibu terasa seperti dipinggirkan, ayah akan cepat2 menghiburkan hati ibu...hari2 saya terdengar ayah membisikkan pada ibu bahawa dia menyintai ibu & tidak akan meninggalkan ibu walau apapun terjadi.. kadang2 saya lihat
ayah tak pernah memikirkan diri sendiri kerana asyik berkorban utk nenek & ibu... ayah tak pernah memikirkan kemewahan utk diri sendiri apatah lagi utk enjoy bersama rakan2nya..baginya.. selagi hayat dikandung badan.. jasa
terhadap org tua mesti diutamakan kerna dia tidak tahu bila dia akan di jemput tuhan...

Ayah seorang yg baik.. dia sering bertindak bijak sekiranya ada pertelingkahan yg berlaku... pernah disatu ketika sewaktu umur saya 11 tahun, nenek menyuruh ayah berkahwin dgn gadis pilihan nenek tapi ayah berterus terang bahawa dia tidak sanggup memikul bebanan & tidak sanggup menduakan isteri yang dikahwini dengan kasih sayang serta telah memberinya zuriat dan ayah takut dia akan berlaku tidak adil.  Oleh itu ayah tidak mahu di soal jawabkan ketika mati dan menanggung segala dosa.. kata ayah cukuplah kehidupan begini yg telah teruji..

Kata2 ayah membuatkan nenek mendiamkan diri... apa yg ayah mampu hanyalah memilih ibu sebagai teman hidupnya sehingga mati... ayah menolak dgn baik.  Namun alhamdulillah saya dikurniakan seorang ibu yg berjiwa kuat dan menerima dgn hati yg tabah..
 
Pada suatu hari dgn berkat doa ayah.. nenek berubah... nenek selalu bertandang kerumah kami.. namun disaat
kami ingin melihat kegembiraan yg hadir setelah 30 tahun di nantikan selama ini... ayah telah dijemput oleh Allah S.W.T... betapa sedihnya kami sekeluarga.. nenek pengsan beberapa kali setelah mendengarnya..manakala ibu
pula memelukku dgn erat dan menangis, pemergian ayah sempat ayah melafazkan 2 kalimah syahadah dgn wajah
tersenyum.. dan berseri2.. kemudian keluar buih2 halus dari mulutnya yang berbau kasturi.. sesiapa saja yang menziarahi arwah ayah pada ketika itu berasa amat terkejut…kerana melihat arwah ayah tersenyum seperti orang yang sedang tidur

ALHAMDULILLAH... PEMERGIANNYA SUNGGUH TENANG.. WALLAHUA'LAM...

Namun ibu benar2 seorang yg tabah.. dia menerima itu sebagai dugaan..sewaktu ayah dikafankan, wajahnya tenang... ibu banyak memujuk kami bersabar menerima dugaan itu.. setelah seminggu ayah dikebumikan, nenek pula meninggal dunia.. alangkah peritnya menerima dua kematian dalam waktu terdekat…tetapi ini semua adalah dugaan serta lumrah kehidupan.. mungkin kerana ayah bertindak adil..pemergiannya sungguh menyenangkan kerana dia tak pernah menderhakai ibunya... di harap saudara dpt sedikit sebanyak pengajarannya...

- AL-FATIHAH......... -
 
Wallahualam….yang buruk datang dari saya tapi yang baik semuanya datang dari ALLAH S.W.T. 

   

Sunday, July 24, 2011

Wanita yg menuntut keadalian & layaan sama seperti lelaki.....

Tujuh Perempuan Bertanya, Seorang Lelaki Menjawab.

Kaum feminin cakap “susah jadi wanita”, mereka telah digoda dan diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri, seperti yang kita lihat dialog dibawah, bagaikan mempersoalkan ketentuan Allah terhadap mereka. Dengan kata lain yang agak kasar, Allah berat sebelah pada kaum wanita.

Keluhan remaja perempuan A:

“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah saja. Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”

Keluhan isteri A:

“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita takpe pulak.”

Keluhan remaja perempuan B:

“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki dapat. Kami mahu keadilan!”

Keluhan isteri B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak beranak kita tanggung sendiri!”

Keluhan isteri C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”

Keluhan isteri D:

“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”

Keluhan remaja perempuan C:

“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat dan puasa?”.

Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”

Tunggu..! Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat perhiasan itu? Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok saya hanya berseluar pendek ke lutut kan ? Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”

Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:

“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia sudah berkeluarga. Isteri tidak perlu lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami? Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”

Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:

“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki? Tapi kan , harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun suami. Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai, harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat! Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu, percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga. Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua! Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:

“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya. Tahu maksudnya? Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki awak!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:

“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah, awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai. Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara. Apa itu? Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya!”

Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:

“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah, maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”

Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”

Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum lelaki!”

Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang lelaki biasa namun beriman.

Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.

Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta manusia.

Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.

Berbahagialah wahai para muslimah. Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti...

Siapakah yang lantang membuat persamaan gender didunia? Siapakah yang lantang di Malaysia ? Renungkan sejenak konspirasi tersebut.

Wallah Hualam...



Tuesday, July 19, 2011

4 Cara Semarakkan Cinta Yang Semakin Pudar

Jika terasa cinta kian pudar, usah sekali-kali menjauhkan diri. Tiada siapa yang merasakan getar dan pupus cinta itu kecuali anda dan pasangan.
Bahkan bijak pandai mengatakan, untuk merosakkan sesuatu hubungan begitu mudah sedangkan membina dan mempertahankannya semula adalah detik yang begitu mencabar.
Cinta dan perasaan kasih harus diperlihatkan manakala ungkapan sayang haruslah tiada hentinya. Barangkali peluang tidak sering datang bergolek dalam hidup ini.
Usah terlepas peluang untuk merasakan bahawa anda begitu menyayangi seseorang. Lontarkan kata-kata indah yang akan dikenang sepanjang hayat oleh si dia. Justeru, bagaimana caranya?

- Berilah pujian-pujian kepada pasangan anda
Pujian haruslah diberikan dengan sejujurnya. Bukan bermakna anda memerhatikan segala kelebihannya saja malah menyuntik rasa bangga serta harga dirinya sebagai seorang isteri.
Sedar atau tidak, dengan memberi pujian kepada pasangan, anda juga akan membuatkan hari anda berdua terasa berbeza.
Jika si dia mempunyai kelebihan dari segi fizikal, apa salahnya memuji. Begitu juga kepandaian si isteri memasak atau kepandaian suami dalam tugasan sehariannya.
Usah lupa bersikap positif kerana ia akan membuatkan hubungan perkahwinan serta kasih sayang semakin mendalam.

- Memberi bunga
Bukan hanya pada peristiwa tertentu seperti ulang tahun perkahwinan atau hari lahir, kiriman bunga buat si dia mampu memberikan kehangatan cinta yang hampir pudar.
Kirimkan bunga pada bila-bila masa saja malah anda boleh meletakkannya di atas tempat tidur. Lebih terasa apabila sesekali ia disertai kad ucapan berisi ungkapan betapa besar cinta anda dan betapa bererti dirinya.
Jika anda bimbang cara ini membosankan, kiriman bunga itu boleh diselang-seli dengan hadiah lain terutama apabila hadiah itu sesuatu yang sangat diimpikan si dia.

- Perlakukan dia seperti seorang puteri
Luangkan waktu supaya anda boleh bermesra dengan isteri atau suami. Tidak salah mengajak pasangan anda menonton tayangan filem lewat malam ketika anak-anak sudah terlelap.
Anda juga boleh mengajaknya makan malam di tempat romantis. Makan malam biasa di rumah pun boleh diselitkan dengan suasana romantis. Ditemani lilin yang memancarkan cahaya suram dengan alunan muzik yang lembut pasti menjadikan suasana agak luar biasa.
Suasana romantis memang sangat diperlukan apabila diri mencintai seseorang. Dalam perkahwinan misalnya, romantis memang berkait erat dengan keutuhan sesebuah rumah tangga.
Jika suasana romantis sering dihidupkan dalam suasana perkahwinan, hubungan suami isteri pasti semakin hangat. Dari segi seksual juga tidak terkecuali, malah saat itu anda berasa perkara paling mengghairahkan adalah suami atau isteri yang paling romantis.


- Buat kejutan
Dalam usaha meraih cinta si dia, lakukan sesuatu yang mungkin dianggap mengejutkan pasangan anda. Misalnya, sesekali tunjukkan kepandaian memasak resipi istimewa untuk si dia.
Biarpun selama ini si isteri yang biasa memasak, katakan pada hari itu bahawa anda ingin mencuba resipi terbaru.
Biarkan si isteri bersantai dengan membaca akhbar atau melakukan hobi yang digemarinya. Berilah kesempatan padanya untuk bersantai bersama rakannya seperti membeli-belah dan seumpamanya manakala anda pula melakukan kerja rumah.
Jika sebelum ini hanya si isteri yang bergelumang di dapur dengan menyediakan sarapan untuk anda, sesekali anda pula mengambil alih. Tentunya sesuatu yang tidak pernah dicuba akan membuat si isteri berasa bahagia.
Jika diaju kata-kata: Abang dah buang tabiat ke? atau pelbagai kata-kata sindiran lain, usah ambil peduli. Apa yang penting, hatinya bahagia, begitu juga diri anda apabila melihat si dia gembira dan bahagia.


Thursday, July 14, 2011

New Talent!!!



Nama saya BoBoi...






Cute x saya ni???

heheh..jgn marah haa.....

Wanita2 jangan cemburu dengan Bidadari di Syurga yer....

SEKADAR MENYAMPAIKAN.....WALLAHUALAM….



"Ustaz, boleh tak kalau di syurga nanti, saya tak nak suami saya ada bidadari?"

Soalan ini pernah dikemukakan oleh seorang wanita (entah datin mana tah), sewaktu sesi soal jawab dalam satu kuliah (kalau aku tak silap, oleh Ustaz Dato Abu Hassan Din Al-Hafiz), pada sekitar awal 90-an.

Jawapannya nanti dulu. Aku nak bincang hal yang lebih penting. Haha..


Datin tersebut wajar diberi ucapan syabas kerana berani menyuarakan apa yang terbuku di kalbu ramai wanita. Tapi pasti kebanyakannya tak tergamak nak luahkan perasaan tu.

Mmm..nampaknya sampai begitu sekali kaum wanita ni meluat dengan bidadari syurga. Aku guna perkataan 'meluat' sebab aku rasa inilah istilah yang paling sopan. Mungkin ada yang sampai rasa benci bila mendengar perkataan 'bidadari', aku tak nafikan.

Apa puncanya sampai jadi macam tu?

Penjelasan yang paling mudah, sebab cemburu.

Penjelasan yang lebih mendalam; sebab wanita sebegitu menyangka bahawa suaminya adalah MILIK mutlak si isteri. Sebagaimana miliknya terhadap kereta Mercedesnya dan rumah banglonya. Tak mahu KONGSI dengan orang lain.

Aku pernah menghadiri majlis ilmu yang dianjurkan satu jemaah tabligh..ustaz yang sedang memberi amanat kepada bakal-bakal da`ie itu ada menyebut,
"Jangan sekali-kali ceritakan mengenai bidadari apabila anda sedang membicarakan tentang nikmat syurga di khalayak yang ada wanita menghadirinya. Dikhuatiri jika anda tidak bersedia dengan ilmu yang cukup, majlis ilmu itu akan hanya menimbulkan rasa benci di kalangan wanita yang masih lemah imannya.."

Fuhh~! Sampai begitu sekali rupanya. Dahsyat..

Aku tak sangka sampai begitu sekali, hingga 'pantang' disebut tentang bidadari di depan wanita.

Tapi..Dalam Al-Qur'an kan bidadari disebut tanpa berselindung?
Ohoho...mungkin tak apa la sebab kebanyakan wanita di luar sana tak faham pun bila mendengar atau membaca Qur'an.

Habis, nak biarkan macam tu je? Biarkan je wanita 'bermusuh' dengan bidadari? Tak ada cara nak 'mendamaikan' dua golongan ni ke?


Biar aku beritahu apakah jawapan ustaz yang awal tadi.

"Di syurga nanti, selagi puan tak berenggang dengan suami puan, suami puan seakan-akan tak nampak pun bidadari. Tak perlu lah puan risau sangat. Yang penting sekarang, usahakan agar puan bersama suami dapat menjadi ahli syurga. Kalau isteri terpaksa masuk neraka buat sementara, dan suami yang masuk syurga dulu, saya tak jamin la bidadari tak ganggu dia.." Padat dan bersahaja jawapan yang diberikan ustaz, disambut gelak ketawa hadirin. Si datin tunduk sambil tersenyum kelat.


Hmm..kenapa suami tak nampak bidadari bila isterinya ada? Sebab wanita ahli syurga kelak akan dijadikan oleh Allah sebagaiketua bidadari. Hebatnya kecantikan ketua bidadari ni, adalah ibarat cahaya bulan mengambang penuh di musim panas. Para bidadari yang lain pula ibarat bintang-bintang yang bertaburan di sekelilingnya. Hanya menyerlah tika bulan menyepi.

Maka apabila Ketua Bidadari itu hadir, si suami seolah-olah terpukau, dan bidadari yang lain seakan tak kelihatan, ataupun nampak kecil saja. Macam gadis jelita dikelilingi budak-budak tadika. Tentu saja fokus si suami takkan beralih dari melihat isterinya.

Hebat kan ? Tapi macam mana kalau tiada bidadari langsung? Kan lagi bagus kalau tiada saingan?

Tidak juga.

Andai tiada bidadari, maka cantiknya Ketua Bidadari umpama bulan penuh di langit yang kosong. Kejelitaannya jadi kurang menyerlah kerana dia cantik sorang-sorang, tak ada siapa yang kurang dari dia, jadi pada siapa dia nak dibandingkan? Pada jiran di mahligai bersebelahan yang jaraknya sejauh mata memandang?

Wahai wanita penghuni syurga; anda sama cantik saja dengan Ketua Bidadari yang lain. Tak berapa seronoklah. Anda hanya paling cantik di mata suami anda. Begitu juga Ketua Bidadari yang menjadi jiran anda, tercantik di mata suaminya.

Satu perkara lagi, para bidadari syurga adalah penghuni asal yang telah Allah tempatkan di situ. Mereka penduduk asal syurga. Tak bolehlah nak halau mereka pula. Nanti mereka mengadu pada Allah. Mereka tidak pernah berbuat dosa, taraf mereka seakan malaikat yang sentiasa makbul doanya. Cuma mereka ini Allah kurniakan nafsu sebagaimana manusia. Tetapi nafsu mereka bersih (tidak takabbur terhadap Allah) dan tidak terhijab.

Dalil tentang mereka mempunyai nafsu, dalam surah Al-Waqi`ah ada ayat yang berbunyi `uruban atraaba, yang apabila diterjemahkan bermaksud:
"sentiasa merindui (suami mereka yang berada di dunia) dan muda belia usia mereka".

Di dalam bahasa Arab, kalimah `uruban juga bermaksud berahi berpanjangan. Dalam istilah yang agak kurang sopan (minta maaf), mereka ini sentiasa merindui jimak. Saya mohon maaf sekali lagi, tapi wanita dengan sifat sebeginilah yang diidamkan oleh hampir semua lelaki. (ah..aku rasa bukan HAMPIR semua, tapi memang SEMUA lelaki normal macam tu).

Baiklah. Anda dah nampak, cara untuk mengelakkan suami anda dari melayani bidadari, ialah dengan sentiasa ada di sisi suami. Senang saja bukan? Barulah bidadari lain tak 'kacau daun'.

Betul?

Tapi adakah anda pasti?

Kita rujuk sebuah hadith yang menceritakan tentang keadaan penghuni syurga;

Para Sahabat bertanya, adakah penghuni syurga melakukan jimak, dan bagaimanakah keadaan mereka? Dijawab oleh Rasulullah, "Benar. Oh, sungguh hebat sekali. Tenaga dan kenikmatan mereka Allah gandakan kepada seratus, dan mereka sekali pun tidak akan merasa letih." ~au kama qaal

Hmm. Maknanya, kalau Ketua Bidadari tak mahu berenggang dengan suami, maka alamatnya tak keluar dari bilik la. Layanlah sampai dia puas.

"Tak kisah, janji dia tak layan bidadari.." mungkin itu jawapan seorang wanita.

Saya beritahu lagi; Ahli syurga juga tidak tidur, kerana terdapat hadith yang menyatakan bahawa "tidur itu saudara mati, maka ahli syurga tidak memerlukan kepada tidur, tidak mengantuk, dan tidak letih, lapar, atau dahaga..". (au kama qaal)

Jenuh la kali ni tak turun-turun dari katil. Sanggupkah anda? Berapa minggu anda sanggup? Berapa tahun? Berapa dekad? Berapa kurun?

Jika di hati anda terdetik rasa bosan, para bidadari di luar bilik akan mengetuk pintu sambil bertanya bilakah gilirannya akan sampai. "Ketua! Biar kami pula ambil alih!" ..mungkin itu yang mereka kata.


"Biarlah diorang menunggu kat luar..aku takkan tinggalkan suami aku!"
Mungkin ada wanita yang berfikir begini.


Izinkan saya bertanya lagi; "Tak nak pergi shopping ke?" ; )


"Eh, shopping? Shopping apa? Kat mana?"

Mafhum daripada beberapa hadith yang mutawatir,
Pada setiap Jumaat Allah adakan suatu 'pasar' di syurga. Di pasar inilah, ahli syurga diberi nikmat terbesar antara segala nikmat di syurga, iaitu diizinkan melihat kepadaNya. Tiada satu pun ciptaanNya yang mengatasi keindahan Sang Pencipta, Rabbul Jalil yang bersifat Al-Jamiil.

Dan di 'pasar' syurga inilah Allah sediakan segala pakaian, makanan, dan perhiasan (barang kemas dan aksesori) yang berbagai-bagai rupa, beraneka warna dan bentuk.

Ahli syurga cuma perlu melihat kepada contoh 'produk' yang dip amer kan, niatkan "Aku mahu yang ini!"; maka dengan serta-merta benda itu sudah dipakai di tubuhnya. Boleh juga meminta seperti itu apabila terlihat ada ahli syurga yang lain, memakai sesuatu yang menarik perhatiannya.

Kenapa perlu ada pasar? Kan boleh minta saja dari dalam bilik?

Perlunya ada pasar ini kerana ahli syurga ketika itu dah tak tahu apa lagi yang mahu diminta, kerana terlalu lama dan banyaknya nikmat yang diperolehi mereka.

Ibarat anda dah dapat semua file/software yang anda ingini, sampai anda tak tahu nak download software/file apa lagi di internet. Dah tak tahu nak 'search' apa, sampai termenung di depan superkomputer yang terhebat dan terlaju di dunia, milik anda. Lebih kurang macam tu la ibaratnya.

Maka di 'pasar' syurga inilah terdapat pakaian dan barang kemas serta aksesori wanita (dan lelaki) dalam 'rekabentuk terbaru'...'latest design' kata sesetengah orang. Sebab itu ahli syurga tidak akan merasa jemu.

Dan apa yang paling hebat, semua yang ada di pasar ini adalah PERCUMA! Ibarat Ivana Trump pergi shopping di HyperMall milik ayahnya yang asyik pecat orang ("you're fired!"). Tapi di syurga pastinya berjuta-juta-juta kali lebih mewah. Dan anda kekal muda selama-lamanya, tak macam minah saleh tu..

Di pasar syurga tu, semua benda yang menyenangkan hati anda boleh didapati. Niat saja nak pakaian baru, anda akan tiba di Department Pakaian Wanita.

"Handbag LV (Louis Vuitton) ada ke?"
..cheh. Ada sorang minah yang baca artikel ni boleh terfikir nak tanya camni..


Begini sajalah. Biar saya bacakan mafhum sebuah hadith lagi.
"Jannah itu ialah satu kawasan yang tersangat luas. Terdapat lembah, sungai, pohon, dan bukit. Tanah di tengah-tengahnya yang paling tinggi, dan Al-Firdaus berada di tempat yang paling tengah dan paling tinggi".

belum habis lagi..ada sambungan hadith ni;

"Keseluruhan syurga itu terdapat seratus tingkat. Pada tingkat yang terendah dan pertama, kesemua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya diperbuat daripada perak. Tingkat yang kedua, semua sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada emas; pada tingkat yang ketiga, sudu senduknya, gelas pinggannya, kerusi mejanya daripada yaqut, lu'lu' dan zabarjad (batu-batu permata yang mahal), dan pada sembilan puluh tujuh tingkat lagi hanya Allah yang mengetahuinya. Jarak antara satu tingkat dengan tingkat yang lain adalah sejauh jarak langit dan bumi."

Rasulullah hanya sempat meninjau tiga tingkat yang pertama sahaja sewaktu isra' dan mi`raj.

Syurga tingkat pertama yang terendah adalah untuk ahlul fitrah, manusia yang tidak pernah beriman tetapi seruan tauhid tidak pernah sampai kepada mereka ketika hidup di dunia dahulu. Mereka diizinkan masuk ke syurga setelah selesai menjalani qisas di mahsyar, jika mereka ada menzalimi sesama mereka. Inilah tanda betapa Maha Pemurahnya Allah Yang Maha Adil, tidak menzalimi seorangpun hambaNya.

Tingkat pertama ini juga adalah untuk para muallaf yang hanya sempat mengucapkan syahadah tanpa satu pun amalan baik, dan tiada satu pun kalimah Allah yang sempat dipelajarinya.

Maka sekiranya kita umat Islam ini berjaya ke syurga, tempat kita adalah bermula dari tingkat yang kedua, atau lebih tinggi lagi. Tingkat kedua, barang-barang perkakas dapur serta perabutnya diperbuat daripada emas.

Saya tanya; Di dunia sekarang (di bumi) ini, adakah pakaian dan barang kemas kita diperbuat daripada bahan yang serupa dengan bahan membuat perabut dan peralatan dapur?

Anda tahu jawapannya ialah tidak. Bahan untuk pakaian dan perhiasan kita lazimnya mestilah lebih mahal daripada bahan membuat perabut dan perkakas dapur.

Ertinya, bila sudu dan meja pun diperbuat daripada emas, agaknya apakah bahan yang jadi pakaian dan barang kemas ahli syurga? Sudah tentu lebih mahal daripada emas!

Ya. Bahan dan unsur yang lebih mahal itulah yang dibuat pakaian ahli syurga..termasuk juga kasut tumit tinggi dan handbag (jika anda mahu, pasti ada!), termasuk juga barang kemas yang ada di Pasar Syurga tu.

Ketika itu jika anda ternampak handbag LV dari alam dunia, mungkin anda akan terasa jijik nak menyentuhnya macam tengok tahi ayam. Mana ada kelas! Emas pun setakat jadi jug air je..Gelas minuman pun dibuat daripada berlian (kalau anda menghuni syurga tingkat atas sikit).

Hm..Di pasar yang bagaikan real-life catalogue ini, semuanya lebih mahal dari perkakas dan pinggan mangkuk anda. Terlalu banyak pilihan. Shopping la sebanyak mana yang anda mahu. Tak perlu trolley. Kalau anda nak suruh bidadari bawakan barang yang anda shopping itu pun, mereka pasti gembira dapat membantu.

Janganlah lupa pula..para bidadari itu juga khadam anda yang sangat suka berkhidmat. Anda kan ketua mereka?

Ingat ni, kesemuanya anda tak perlu bayar! Bayarannya telah dilangsaikan dengan keringat, darah dan air mata anda ketika di dunia dahulu.

Tapi kalau nak dapatkan 'design' terbaru tu, kenalah keluar dari rumah (istana) dan tengok sendiri di pasar Jumaat. Di pasar ini juga ahli syurga akan bersosial, bertemu rakan lama dan saudara mara.

Berapa luas pasar tu? Jika anda terbang menaiki buraq selama sehari pun belum habis melihat keseluruhan bahagian 'pasar' itu. (kalau naik kenderaan yang lebih laju, anda tak nampak apa-apa sebab laju sangat, mengatasi kelajuan cahaya).

Dan sudah tentu suami anda pun nak pergi ke Pasar Jumaat itu juga untuk melihat Allah Rabbul Jalil. Ajaklah suami shopping sekali!

Setiap minggu, akan ada design terbaru yang boleh anda dapati. Setiap minggu juga anda boleh datang shopping di pasar ini. Sampai tahun depan, kurun hadapan, alaf hadapan...sampai bila-bila. Tiada had usia di syurga..

Soalan terakhir saya: Yang mana lebih menyeronokkan bagi anda; shopping dengan suami, atau pergi shopping bersama bekas teman-teman rapat, rakan sekolej (atau rakan serumah) anda dahulu? ;-)


..dan mungkin pada kurun hadapan, suami anda nak pergi memancing di sungai syurga bersama bekas rakan sekampungnya...atau mungkin dia cuma nak 'berehat di rumah' saja.. ;-j

---

Dah la..tak payah risau. Perasaan cemburu tu kerana disebabkan kejahilan tentang fitrah lelaki dan tak faham kehendak suami. Ahli syurga tidak ego dan cemburu buta. Di syurga tiada hasad dengki dan tiada sifat takabbur. Qaalu salaaman-salaama~


Lelaki dan wanita saudaraku sekelian..MARILAH MENUJU KEJAYAAN!

" Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.
Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu.."

 

Wednesday, July 13, 2011

Para isteri2 - pass dekat suami suruh baca.....

to my lovely husband - pls read.............. deeply and. have a nice day..
 

teringat pasal satu story
seorang lelaki balik rumah...dia jadi hairan giler halaman rumah berselerak
surat di peti pos tak berambil
anak-anak tengah main korek-korek tanah
kotor, baju compang camping, penuh dengan tanah dan kotoran
rambut tak bersikat, tak bermandi,
masuk ke pintu rumah
lagi lelaki tu terkejut
ruang tamu lagi teruk berselerak
lelaki itu melaung nama isterinya... .sepi tiada jawapan
masuk ke dapur
sinki penuh dengan pinggan mangkuk tidak berbasuh! periuk tidak bercuci
mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak
masuk ke bilik air
baju masih belum berbasuh
apatah lagi berendam
 

lelaki itu cemas mencari isterinya
dia bergegas ke tingkat atas
melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku
"awak sakit ke?"..tanya lelaki itu
"tak ! lah", jawab isterinya ringkas
"kenapa teruk sangat rumah kita hari ni", tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam
balas isterinya "wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah seorang suri rumah, duduk di rumah tidak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang. ....NAH, HARI INI SAYA TIDAK MELAKUKAN KERJA-KERJA YANG BIASA SAYA L! AKUKAN SETIAP HARI"



Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh"
Best baca sampai abis!!!. It's true.

 

"Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel,merengek atau mengilai seperti pontianak. Seburuk-buruk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan...
" Ibu, ibu... engkau lah ratu hari ku....." 


Bagaimana rasanya sehari tanpa ibu? I dunno lah anak-anak sekarang,tetapi when i was small, sekiranya emak tiada, semua jadi serba tidak kena!
Usahkan seminggu, dua hari sahaja dia tiada dirumah, hidup bagaikan dah tak bermakna. Memanglah, mula-mulanya emak keluar rumah, hati melonjak HAPPINESS!!! 


Kalau mak tak ada, telinga boleh lega sebab if she's around, for sure 24 hours tak habis-habis berleter.... pottttt peeettt pooott peettttt,boleh pecah eardrums. And if mak menjerit, boleh bergegar isi perut. Silap gaya, tingkap pun boleh tercabut...
And if mak takde, BangZaiiiiii! !! MerdeKa!!! FreeDoMmmmmm! !! Can do whatever!!! Boleh main bleyblade sampai senja, boleh tido rumah kawan, boleh chatting sampai nak terkeluar biji bola mata, boleh bergayut kat talipon ngan "dear" sampai subuh and paling shiookkk, boleh ponteng
solat!! 


But, the happiness does not long last. Masuk hari ke-2 dah terasa kehilangan. Sepi betul rasanya bila tak mendengar leteran mak. Rumah jadik sesepi-sepinya cam "haunted village". Pada ketika itulah baru kita
sedar bahawa leteran mak yang seperti murai, sebenarnya penyeri rumah. Tanpa leteran itu, semunya seperti MATI... 

Without mum, hidup ni tak ada cabaran, not challenging, no suspense. Balik kul braper pun, takde orang nak membebel, takde orang nak pulas telinga.

Our life graph becomes very the monotenous, then we realised, jari jemari mak yang suka cubit dah memiat telinga rupanya menjadikan hidup lebih bermakna. Pendek kata, biarlah mak membebel sepanjang hari. Biarlah dia menjentik telinga. Tanpanya, hidup tidak berseri dan tak bererti. 


Demikianlah besarnya erti seorang EMAK, IBU, UMMI, MUMMY, MAMA in our life!!
Kau Isteri Ku....

Bezanya antara ibu zaman dulu dengan ibu zaman skarang ... Ibu sekarang tidak mencubit atau memiat telinga anak-anak. Itu mungkin one of the reason why anak-anak tak berapa takut and at times, hanya memekakkan telinga setiap kali ibu memberi "ceramah percuma". Mungkin anak-anak tak terasa kehilangan or boleh jadi melompat keriangan bila ibu takde kat rumah ( for instance if she's gone for a short holiday). Budak-budak sekarang ramai kawan, banyak caranya mereka mengisi waktu. 

They will go for movies, clubbing, or most to most lepak kat happening places..

As for me is different, if my wife is not at home, rumah boleh jadik porak peranda. Memang true, jika isteri ada dirumah, kepala slalu   pening. Pantang kalau isteri ada kat rumah and i'm off duty, sure at times boleh membuat kepala berserabut. Kalau madame takde kat rumah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat apa yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dah fizikal. Pendek kata,FreeeDoMmmmm lah!! 


But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning "She's Gone", aku pulak terasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiookkkk, no once shouting from the kitchen for help, no one to komen this and that, no one to criticise. Everything will be smooth... Tapi, masuk hari keti! ga, i felt something is missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau 'assshheemmmm' , tak tahu mana nak carik yang baru. Colgate gigi dah abis, tak tahu kat mana dia stock up. Air suam dah abis, malas nak boil... Masuk hari ke-4, rindu mula terasa. Eventhough kat office, ramai yang cun melecun, wajahnya yang dah ditatap sejak tarikh bernikah itu juga yang mengetuk pintu hati. Memang lah dia tak se-cun SITI NURHALIZA but the smile yang ikhlas, forever melekat kat hati and sukar ada pengganti. Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pun jadik tak best.

Nasik bungkus faberite jadik tak faberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa cam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila lau! ndry basket dah makin bertimbun ngan baju kotor, fresh sluar dalam pun dah abis utk dipakai. Toilet dah mula licin berdaki...lantai dah berbelak, tak dimop...Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly... bila lonely

gini, baru lah rasa benar kesepian. Jangan kata sebulan atau setahun.... belum seminggu isteri takde kat rumah,   aku dah terasa separuh pengsan. Bila bersendirian begini,dan terasa   malam begitu dingin, barulah kita sedar betapa pentingnya seorang wanita bernama isteri...


So guys out there... jgn buli isteri kita. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa   ingat dorang ni sumer kuli ke?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita... Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia seumur hidup??!!


And furthermore, kan sama2 keja carik rezeki, sama jugak lah buat keja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita. Dah ler satu hari keja kat office, balik kena buat keja rumah lagi... penat tau!! Kalau ! aku lah diberi peluang jadik seorang wanita... tak rela!!! So

to all mums and wives out there... life will be meaningless without you mothers).... uuwaaaaaaaa! !
sayangi la kaum perempuan krn tanpa mereka anda kehilangan sesuatu,hargai mereka!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!!!!! !!!!!