Salam Blogger
Entry ini ditulis ketika aku sedang mencuri sisa-sisa tulang di tempat keja aku (Disebabkan aku ni seorang yang tulus, aku tak guna internet di pejabat...Balik Rumah aku publish guna P1 aku..)
Al maklumlah, mod raya masih ada. Jadi aku pun secara automatik tak banyak keja. Keja melengung jer lebih. Di tambah pula supervisor aku masih lagi bercuti...
To Mr Koay and Ms Wa.. Happy Holiday ok!! (tangan Di dada, Mata ke atas)
First of all, aku nak ucap tahniah pada Hafiz yang telah menjadi juara dalam anugerah Juara Lagu ke-26 semalam. Kejayaan yang tidak diduga. Dengan hanya memakai track suit dan t-shirt pun boleh jadi juara.... Logik x?
Selepas jer menonton AJL 26 di www.tv3.com.my live streaming, aku sempat mejengah laman sosial Facebook dan Twitter. Boleh dikatakan 80% dalam friendlist aku mengeluarkan pelbagai status berkaitan AJL. Komen-komen yang ditulis mengalahkan juri profesional.
Bila artis favourite menang, diagung-agungkan tetapi jika artis favourite kalah.. Dikutuk-kutuk.. Apepun, Chill ok!! Rilex! Anggap sahaja semua itu rezeki diaorang untuk tahun 2012 ni. Lagipun menang dan kalah adalah adat pertandingan. Redha je k. Tahun depan cuba lagi. Dan aku rasa, semua peserta tak kurang hebatnya. Kenapa? Kalau tak hebat, tak kan lah nak masuk peringkat akhir ..ye tak?
Ni aku bagi info sikit pasal AJL..(aku tahu korang dah tahu..saja nak menyemak wall Blog aku)
Anugerah Vokal Terbaik : Hafiz - Awan Nano
Anugerah Persembahan Terbaik : Alyah - Kisah Hati
Tempat Pertama :Hafiz - Awan Nano
Tempat Kedua : Gabungan 3 suara Shila Hamzah, Ning Baizura, Jacklyn - Beribu Sesalan
Tempat Ketiga : Faizal Tahir - Karma
Congratulation to all....!!!
p/s ; Banyak betul duit diorang anjur competition macam ni..Membazir jer. Bagi kat aku kan bagus!!
nak duit tu jgak
ReplyDeleteaku langsung tak amik tau pasal ni.. huhu~ (padahal terlepas nak tengok)
ReplyDeleteaku mcm angin..org kalut nak tengok,,aku pon tumpang tengok...
ReplyDelete