Followers

Monday, January 2, 2012

Maaflah...Entry ni touching sikit...

2 Januari 2012

Malam ni hati aku sebak, sedih semua bercampur baur. Aku rasa seperti arah hidup aku hilang.
Kosong jiwa ini. Dah Setahun aku terpaksa menghadap apa yang dinamakan perkahwinan jarak jauh. Seksa!
Tapi disebabkan tuntutan hidup dan masalah ekonomi, aku pasrah.  

Dua tiga hari ni, aku rasa macam nak tinggalkan Pulau Pinang dan pulang semula ke Perlis untuk hidup di samping suamiku. Aku sedih tinggal di sini, bukan kerana sendirian. Aku masih punya keluargaku, mak, abah dan adik- adik yang selalu ada disisi. Tapi bila difikirkan pula nasib suamiku di sana seorang diri. Aku rasa bersalah kerana menjaga nya merupakan tanggungjawab aku.

Memang suamiku tak pernah kisah dan dia sendiri mengizinkan aku bekerja di sini. Tapi lama-kelamaan aku rasa sampai bila aku mahu meneruskan kehidupan seperti ini? Permohonan pertukaran suamiku pun entah bila hendak diluluskan pihak kementerian. 

Sebetulnya aku sudah tawar hati hendak melangkah ke tempat kerja ku. Kerana aku tahu, walau sebaik mana dan sesempurna manapun tugas yang aku lakukan, tetap tidak nampak bagus di mata mereka. Dasar perkauman. Aku juga tahu permainan yang hendak mereka mainkan ke atas aku. Sengaja mencari kesalahan aku supaya mereka boleh jatuhkan dan anggap aku sebagai bola. Tendang ke mana saja yang korang suka.
Hingga kini aku masih sabar. Tapi sampai bila aku nak tahan dengan ujian seperti ini?

Aku juga masih punya hati dan perasaan. Beban kerja yang ku tanggung sungguh tak padan dengan gaji yang aku terima.  Aku masih sabar. Boleh dikatakan setiap hari aku pulang ke rumah dengan tekanan. Namun bila jejak kaki ke rumah,  dihala terus ke dalam bilik.. Hati terdetik, pada siapa harus aku adukan semua masalah ini. Sekurang-kurangnya jika air mata mengalir, ada seseorang yang bantu menyeka titisan itu. Tapi.....suamiku jauh di sana. Aku hanya mampu call, dan menangis di sebalik handfhone tanpa dia tahu.

Ya Allah..Aku serahkan semua padaMu. Kau berilah aku petunjuk keputusan apa yang harus aku buat sebab aku dah tak mampu menahan semua ujian Mu ini Ya Allah. Aku mohon kau cepatkan lah pertukaran suamiku supaya aku dapat hidup tenang di sisinya dan kau bukakan lah pintu rezekiMu padaku agar aku memperoleh pekerjaan yang lain.Amin..

P/S : Abang..B sayang sangat kat abang

No comments:

Post a Comment