Followers

Wednesday, February 27, 2013

Bahaya Kucing Kepada Wanita Hamil

Assalammualaikum....

Ingat lagi tak entry "Abang" Si Kucing Comot ? Dalam entry tu saya ada janji kan nak bagitau kenapa kucing ni berbahaya pada wanita yang sedang hamil. Untuk pengetahuan semua, kucing adalah salah satu medium pembawa virus Toxoplasma


TOXOPLASMA atau yang dikenal dengan istilah virus kucing sangat berbahaya. Virus tersebut dapat menyebabkan keguguran, cacat pada bayi, bahkan menimbulkan kematian. Toxoplasma merupakan virus dari hewan mamalia seperti kucing yang menular kepada manusia. 
Setiap virus yang masuk ke tubuh manusia akan menimbulkan infeksi, termasuk toxoplasma. Virus kucing tersebut dapat menimbulkan keguguran bagi ibu hamil. Selain itu, dapat pula menimbulkan kecacatan pada bayi, seperti hydrochepalus atau penumpukan cairan di kepala yang mengakibatkan pembengkakan kepala pada anak."  - Fajar Lifestyle 


Toxoplasma Life Cycle


Senang cerita virus ni akan merebak melalui najis kucing yang terdedah pada faktor luaran. Ingat lagi dalam minggu lepas jururawat masyarakat ada datang ke rumah untuk pemeriksaan berkala di kediaman. Di garaj rumah saya ada la lebih kurang 10 ekor kucing peliharaan saya dan adik. Sempat saya bertanya pada nurse adakah kemungkinan saya boleh terkena virus ini. 

Menurut penjelasan nurse tersebut, kucing yang telah divaksin dan deworm amatlah kurang peratus untuk pembawa virus ni. Cuma saya dinasihatkan untuk mengurangkan aktiviti dengan kucing. Saya punya kucing sekor jer, 9 ekor lagi adik punya. So, tak ada masalah. 

Saya juga sempat buat reseach dalam internet nih, pembawa virus toxoplasma datang dari kucing-kucing jalanan yang tidak terjaga. Terdedah pada kotoran dan pelbagai penyakit. Namun bukan sekadar kucing sahaja, tetapi dengan memakan daging ayam, lembu dan sebagainya yang mentah a.k.a kurang masak pun boleh menyebabkan terkenanya penyakit ini.

Disebabkan saya tidak tinggal bersama suami, jadi najis "Si Abang" nih saya yang uruskan. Jadi, saya mengambil langkah-langkah berhati-hati


  • Membersihkan litterbox setiap hari
  • Memakai mask ketika menguruskan kucing
  • Tidak membiarkan kucing berkeliaran di luar kawasan rumah
  • Mematuhi jadual vaksin dan deworming kucing
  • Stop beri makanan mentah kepada kucing
  • Memastikan kebersihan kucing dan persekitaran 
  • Memandikan kucing seminggu sekali - tugas encik asben
  • Dan akhir sekali membasuh tangan dengan sabun anti bakteria setiap kali selepas memegang kucing.

Harap entry kali ni boleh memberi manfaat pada ibu-ibu mengandung yang memelihara kucing di luar sana. 

p/s : Kesian pada Junior & Zorro. Kucing peliharaan saya dan adik yang di adopt oleh pasangan Along dan isteri, Si isteri preggy 2 month, call adik saya nak return semula Junior & Zorro. Kesian dan sayang kitaorang terima balik budak buas 2 ekor ni. Welcome Back!!!

Wordless Wednesday 2013-1








Anmum Club Gift

Assalammualaikum....

Rasanya dah hampir sebulan aku mengamalkan minum susu anmum. Teringat masa first time beli produk ni, promoter tu ada minta aku untuk isi maklumat dalam borang kaji selidik dari pihak Anmum. Katanya lagi, selepas borang aku di submit di HQ, akan ada call dari customer service Anmum untuk bertanyakan pengalaman minum susu Anmum.

Seingat aku, dalam seminggu lepas ada lah beberapa kali dapat panggilan dari Anmum, bertanyakan perihal kandungan aku dan kelazatan susu Anmum. Macam biasa, aku jawablah apa yang patut pada customer service tu. Ramah orangnya. Nama dan alamat rumah juga di update, Katanya aku akan dapat free gift dari pihak Anmum.

Hari ni, dalam tengah hari aku dapat sepucuk surat dari posmen. Di sampul adalah lambang Anmum. Lalu aku buka sampul dan membaca isi kandungan surat. Diceritakan lagi kebaikan susu Anmum dan cara bagaimana untuk tebus point melalui sudu yang terdapat dalam bungkusan susu Anmum.


this is the letter


the advertisement

the gift


will be placed in car


Last but not least, Thank You Anmum!!!

Friday, February 22, 2013

"Abang" Si Kucing Comot

Assalammualaikum....

Memperkenalkan.......

"abang" si comot

Biasanya orang pregnant ni akan mengidam dan menginginkan sesuatu kan?  Masa aku pregnant almost 1 month, aku nak sangat bela kucing yang pattern flat face ni. Time tu aku pun tak realize yang aku preggy.  Impian nak memiliki kucing ni membuak-buak. Hari-hari aku pujuk hubby minta belikan.

Dengan harga yang mencecah 2k, dapat gak aku pelihara kucing ni. Bukan tak ada kucing parsi di rumah tapi entahlah. Dia punya nak tu sampai termimpi-mimpi. haishhhh......

Aku beli "si abang ni dekat breeder dari Kangar, Perlis. Parents "si abang" ni pure breed baka dari oversea. Mengkalu nak beli hat overseas jugak, rasanya den tak mampu kot. Mau nya mencecah 5k. Tapi kalau korang berminat boleh la menjenguk facebook Doc. Rahim Ariffin. Kucing-kucing yang dia jual semua kualiti tip top dan ada certificate.

Dua bulan aku pelihara "si abang" baru aku dapat tahu yang aku preggy. Agak menjadi masalah jugak la. Sebab selama ni, "si abang" akan tido dengan aku. Sejak aku preggy, abang terpaksa di kurung dalam cage. Alahai cian nya. 

Nanti untuk entry yang akan datang aku akan story kenapa kucing bahaya untuk preggy woman. ok?
Kita layan dulu pic "si abang comot ni"


Model XES

Comey tak?


Mandi.. Sejuk ooo.....

Bila la bulu den nak kering ni?

Time to sleep