Followers

Wednesday, February 27, 2013

Anmum Club Gift

Assalammualaikum....

Rasanya dah hampir sebulan aku mengamalkan minum susu anmum. Teringat masa first time beli produk ni, promoter tu ada minta aku untuk isi maklumat dalam borang kaji selidik dari pihak Anmum. Katanya lagi, selepas borang aku di submit di HQ, akan ada call dari customer service Anmum untuk bertanyakan pengalaman minum susu Anmum.

Seingat aku, dalam seminggu lepas ada lah beberapa kali dapat panggilan dari Anmum, bertanyakan perihal kandungan aku dan kelazatan susu Anmum. Macam biasa, aku jawablah apa yang patut pada customer service tu. Ramah orangnya. Nama dan alamat rumah juga di update, Katanya aku akan dapat free gift dari pihak Anmum.

Hari ni, dalam tengah hari aku dapat sepucuk surat dari posmen. Di sampul adalah lambang Anmum. Lalu aku buka sampul dan membaca isi kandungan surat. Diceritakan lagi kebaikan susu Anmum dan cara bagaimana untuk tebus point melalui sudu yang terdapat dalam bungkusan susu Anmum.


this is the letter


the advertisement

the gift


will be placed in car


Last but not least, Thank You Anmum!!!

No comments:

Post a Comment