Followers

Wednesday, March 21, 2012

Renungan Untuk Kita Bersama

Assalammualaikum Dan Salam 1 Malaysia..

Jangan marah ye coz ini entry ke-dua untuk hari ini. 

Pernah tak suatu ketika, korang rasa diri korang kosong, hati tidak tenang, banyak masalah seolah-olah otak tak mahu berhenti berfikir. Sedangkan korang sendiri pun tidak pasti dengan apa yang korang fikirkan. Adakalanya anda fikir kenapa diri korang tak sesempurna seperti orang lain. 

Baru-baru ini aku terbaca status facebook seorang hamba Allah ni. Siapa dia?
biarlah rahsia tetapi ternyata dari gaya tulisan menunjukkan dia tidak langsung menerima takdir dan ketentuan Allah s.w.t. Wallahualam.. Meragui ciptaan Allah, mendoakan keburukan darah daging sendiri, bercakap kasar..Aku rasa itu bukan budaya kita. 

Tujuan aku menulis ni, bukan lah semata-mata hendak memburukkan dia. Tetapi aku rasa apa yang dia buat tak betul. Ingin aku tegur, siapalah aku. Budget dia nak dengar nasihat aku. 

Seharusnya, kita kena fikir positif. Allah s.w.t buka peluang melanjutkan pelajaran kepada kita supaya kita belajar bersungguh-sungguh. Dapat keputusan yang cemerlang dengan harapan bila dah tamat pengajian kita boleh mencari kerja bagi merubah kualiti kehidupan. Rezeki ada di mana-mana. Berdoa selalu supaya kita sentiasa dipermudahkan. Tapi sayang nya ada juga segelintir yang sentiasa salahkan takdir. Kononnya aliran  yang diambil langsung tak ada peluang pekerjaan. Walhal anda sendiri yang tak mahu mencuba! Positif okey?

Petikan dari Surah Al-Mukminun [12] Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. [13] Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. [14] Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. 

Allah s.w.t telah mencipta manusia sebaik-baik kejadian dan ciptaan Nya adalah istimewa lagi indah. Jadi kita sebagai hambanya hendaklah bersyukur dan menerima diri kita seadanya. Tak baik dan berdosa jika kita asyik menghina kita ini tidak cantik, tidak hensem. Tak apa kawan-kawan. Janji hati kita penuh dengan Iman dan Iman itulah yang paling indah dari segalanya.

Kadang-kadang, tanpa kita sedari ramai yang selalu mendoakan kebahagian dalam kehidupan kita. Contohnya, ibu bapa, adik-beradik serta kawan-kawan terdekat. Tak mustahil kan? Selepas solat kita digalakkan berdoa dan memohon dari Allah s.w.t dalam apa jua sekalipun. Allah s.w.t tak pernah lupa dengan kita tetapi sebaliknya kita yang selalu lupa kepada Dia. Jadi tak baik dan berdosa sekiranya kita mendoakan keburukan untuk orang lain. Wallahualam..... 

Jadi insaflah wahai teman ye....
Yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Wassalam.


1 comment: