Followers

Wednesday, March 21, 2012

Senyum Dan Nikmati Hari-Hari Yang Indah

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Rasanya dah lama tak update blog. Bukan tiada masa tetapi kekeringan idea.
Hari ini dan hari-hari mendatang aku free. Al-maklum lah dah bergelar penganggur terhormat

Ramai yang tanya, kenapa kau resign? Lalu aku jawab lah...dapat keje baru. TLDM
wauuu!!! bestnya!! yalah best sangat Tidor Lepak Dan Makan..tak ke bunyi TLDM???
Tak ke korang dah terkena!!! sorry lah okey???

Actually, bila disebut hal kerja, korang ingat aku suka ke duduk saja macam sekarang ni.
Hutang kereta, internet, siapa nak tolong bayarkan kalau income tak ada setiap bulan. Susah!!

Bukan sengaja nak lepaskan jawatan, tetapi aku rasa di company tu terdapat bayak sangat diskriminasi.
Sering saja ditindas. Lebih baik aku undurkan diri sahaja. Malas nak kecoh! Buat elok macam mana pun tetap tak kena. Aku rasa korang pun mesti penah rasa macam ni kan. Especially kepada yang dah bekerja.

Tapi tak apa, rezeki ada di mana-mana sahaja. Aku hanya perlukan masa untuk cuci otak aku. Mau kasi format semua sebab next month nak masuk data-data baru pulak..hehehehe....

"La Tahzan"  Senyumlah dan nikmatlah hari-hari yang indah.  Yakinlah bahawa Allah s.w.t selalu yang memberi yang terbaik untuk kita walaupun terasa begitu berat tanggungan yang terpaksa kita hadapi.  Itu yang selalu aku fikir bila diri aku dilanda cubaan hidup. Ingat! Semua ini mematangkan kita dan jangan putus asa.

Usaha Tangga Kejayaan. 

senyum jangan tak senyum

1 comment: