Followers

Monday, January 30, 2012

Ko Jangan Tak Ngaku Ko Tak Jiwang!!!

Salam Blogger Untuk Semua!!!

Situasi

Tin Mon        : Bosan Do!! Pasang la radio.

Latip Pah      : Jap..Jap.. Kita dengar radio Sinar.fm Lagu dia jiwang sehhh!! Meleleh kasi tangkap lentok punya.

Tin Mon        : Kepala Hotak kau! ko ingat aku ni jiwang karat mcm ko ke? Nak melayan lagu cintan-cintun. Berbulu tau tak!

Latip Pah      : Hek eleh... ngata orang plak. Ok pe, ha..kau cuba dengar. Fullamak...lagu peberet aku plak ni. Ko cuba dengar aku nyanyi. 3 bulan aku duk hafal lirik taw tak! "begitulah awan nano,
nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano... dia tahu, dia gadisku..........

Tin Mon        : Sudah2.. Sakit telinga. Nano..Nano... Meh sini aku tukar channel. Dengar Hitz.fm lagi best.

Latip Pah       : Alah..bangga sangat dengan orang puteh dia tu. Padahal kelabu asap je aku tengok.

Tin Mon        : Ko mana tau. Ni ha Lagu Lady Gagal . Muzik dia boleh goyang-goyang kepala. Kalo dengar lagu jiwang macam ko, bleh ngantuk jadinya!


For sure situasi macam ni korang pernah alami kan?  Lagu berbahasa melayu seringkali dianggap sebagai jiwang dan ramai muda mudi remaja sekarang suka mendengar lagu bebahasa Inggeris. Kononya sesuai dengan peredaran zaman dan muzik yang moden. Ala-ala clubbing gitu.

Tapi adakah korang semua perasan? Lagu berbahasa Inggeris dan Melayu lebih kurang sahaja tahap kejiwangan nya. Tak caya? Meh aku bagi contoh:

Artis : My Chemical Romance
Tajuk : I Don'T Love You

Eh..Kan jiwang tajuk tu?  Kalo ikut banyak lagi..cuma malas nak tanya Pak Cik Google jer...dia pun dah ngantuk!

P/S : Actually, aku adalah salah seorang yang lebih gemar mendengar lagu berbahasa Inggeris dari Bahasa Melayu. Eh2..Jiwang kan? Adelah sikit.....

No comments:

Post a Comment