Followers

Monday, January 30, 2012

Juara ke Tak, Sama Saja...


Salam Blogger

Entry ini ditulis ketika aku sedang  mencuri sisa-sisa tulang di tempat keja aku (Disebabkan aku ni seorang yang tulus, aku tak guna internet di pejabat...Balik Rumah aku publish guna P1 aku..)

Al maklumlah, mod raya masih ada. Jadi aku pun secara automatik tak banyak keja. Keja melengung jer lebih. Di tambah pula supervisor aku masih lagi bercuti...

To Mr Koay and Ms Wa.. Happy Holiday ok!! (tangan Di dada, Mata ke atas)



 

First of all, aku nak ucap tahniah pada Hafiz yang telah menjadi juara dalam anugerah Juara Lagu ke-26 semalam. Kejayaan yang tidak diduga. Dengan hanya memakai track suit dan t-shirt pun boleh jadi juara.... Logik x?
 
Selepas jer menonton AJL 26 di www.tv3.com.my live streaming, aku sempat mejengah laman sosial Facebook dan Twitter. Boleh dikatakan 80% dalam friendlist aku mengeluarkan pelbagai status berkaitan AJL. Komen-komen yang ditulis mengalahkan juri profesional. 

Bila artis favourite menang, diagung-agungkan tetapi jika artis favourite kalah.. Dikutuk-kutuk.. Apepun, Chill ok!! Rilex!  Anggap sahaja semua itu rezeki diaorang untuk tahun 2012 ni. Lagipun menang dan kalah adalah adat pertandingan. Redha je k. Tahun depan cuba lagi. Dan aku rasa, semua peserta tak kurang hebatnya. Kenapa?  Kalau tak hebat, tak kan lah nak masuk peringkat akhir ..ye tak?

Ni aku bagi info sikit pasal AJL..(aku tahu korang dah tahu..saja nak menyemak wall Blog aku)

Anugerah Vokal Terbaik : Hafiz - Awan Nano
Anugerah Persembahan Terbaik : Alyah - Kisah Hati

Tempat Pertama :Hafiz - Awan Nano
Tempat Kedua : Gabungan 3 suara Shila Hamzah, Ning Baizura, Jacklyn - Beribu Sesalan
Tempat Ketiga : Faizal Tahir - Karma

Congratulation to all....!!!



p/s ; Banyak betul duit diorang anjur competition macam ni..Membazir jer. Bagi kat aku kan bagus!!

Ko Jangan Tak Ngaku Ko Tak Jiwang!!!

Salam Blogger Untuk Semua!!!

Situasi

Tin Mon        : Bosan Do!! Pasang la radio.

Latip Pah      : Jap..Jap.. Kita dengar radio Sinar.fm Lagu dia jiwang sehhh!! Meleleh kasi tangkap lentok punya.

Tin Mon        : Kepala Hotak kau! ko ingat aku ni jiwang karat mcm ko ke? Nak melayan lagu cintan-cintun. Berbulu tau tak!

Latip Pah      : Hek eleh... ngata orang plak. Ok pe, ha..kau cuba dengar. Fullamak...lagu peberet aku plak ni. Ko cuba dengar aku nyanyi. 3 bulan aku duk hafal lirik taw tak! "begitulah awan nano,
nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano... dia tahu, dia gadisku..........

Tin Mon        : Sudah2.. Sakit telinga. Nano..Nano... Meh sini aku tukar channel. Dengar Hitz.fm lagi best.

Latip Pah       : Alah..bangga sangat dengan orang puteh dia tu. Padahal kelabu asap je aku tengok.

Tin Mon        : Ko mana tau. Ni ha Lagu Lady Gagal . Muzik dia boleh goyang-goyang kepala. Kalo dengar lagu jiwang macam ko, bleh ngantuk jadinya!


For sure situasi macam ni korang pernah alami kan?  Lagu berbahasa melayu seringkali dianggap sebagai jiwang dan ramai muda mudi remaja sekarang suka mendengar lagu bebahasa Inggeris. Kononya sesuai dengan peredaran zaman dan muzik yang moden. Ala-ala clubbing gitu.

Tapi adakah korang semua perasan? Lagu berbahasa Inggeris dan Melayu lebih kurang sahaja tahap kejiwangan nya. Tak caya? Meh aku bagi contoh:

Artis : My Chemical Romance
Tajuk : I Don'T Love You

Eh..Kan jiwang tajuk tu?  Kalo ikut banyak lagi..cuma malas nak tanya Pak Cik Google jer...dia pun dah ngantuk!

P/S : Actually, aku adalah salah seorang yang lebih gemar mendengar lagu berbahasa Inggeris dari Bahasa Melayu. Eh2..Jiwang kan? Adelah sikit.....

Thursday, January 5, 2012

Kaca Mata Ku

Salam Blogger dan Salam 1 Malaysia.

Boring-boring dah tak tau nak buat apa tetiba aku terfikir nak post entry ni. Hari ni aku nak cerita perihal cermin mata.  Aku rasa insan-insan yang satu spesis dengan aku mesti menganggap cermin mata ni sebagai 1 keperluan dalam hidup. Tanpa dia gelaplah dunia...Tak gitu?

Aku start pakai spec tahun 2006. Time tu aku baru first sem dekat UiTM. Al maklum lah tabiat aku yang suka ngadap laptop ditambah pula suka duduk di tempat yang kurang pencahayaan. Kadang-kadang ada gak baca buku dalam gelap. Last-last bukan aku baca buku tapi buku baca aku. Alah itu perkara biasa!

Ni aku nak cerita sejarah spec aku kat korang. Koleksi lah katakan

Pic ni aku ambik masa event Fiesta De'Futsal kat kampus aku. Yang ni spec aku tahun 2006. Brand dah lupa. Lama sangat dah. Bingkai pun aku dah lupa simpan kat mana. Aku buat di kedai cermin mata area Seri Iskandar, Perak guna duit PTPT-PU. hahahah....

2006



Pic ni aku ambik kat depan kampus aku. Waktu tu kami baru balik konvoi Part 5 ke Taiping. Spec ni brand Playboy a.k.a spec favourite aku. Aku sayang gila. Cantik dia pnya design. Aku buat di kedai cermin mata di Krico Bukit Minyak. Rasanya aku guna duit PTPT-PU jugak kot. Tapi sayang, spec ni hilang. Tercicir dari kereta. Sedih giler.




2008 - Playboy style



Yang ni pula spec tahun 2009. Brand Levis's. My mother sponsor baru sebab spec lama hilang. Pakai tak lama sebab ntah kenapa tetiba rasa tak sesuai dengan muka. Masa beli ok jer. Bingkai dia sampai sekarang masih disimpan dengan elok.  Buat di kedai yang sama dengan Spec brand Playboy tu.

2009


Ini pic agak skema sebab snap di office. Tengok headset dekat telinga pun dah tau keje customer service.
Aku buat spec ni di Tesco E-Gate Penang. Brand apa ntah, tak ingat. Boyfriend sponsor. Sekarang boyfriend tu dah bertukar jadi Hubby. Bingkai still ada disimpan dengan elok. Kadang-kadang still pkai even sedikit kabur. Sayang sebab spec ni ada fotogrey.




2009

Yang ni yang paling Latest. Raya Tahun 2010 di kampung halaman. Spec ala ekonomi. Frame dan cermin dibeli asing. Brand Ray Ban cap Ayam. Al-Maklumlah, dah tak da sapa nak sponsor. Hehehehe...Aku buat di kedai cermin mata dekat Bagan Ajam. Diaorang cakap murah. Tapi cam sama ja harga. ermmm..aku tau. Nak promote je lebih.





Sekian. Kisah hidup spec aku.

Wednesday, January 4, 2012

Teruk Sangat Ke Aku Ni???

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

4 January 2012 : Selamat Hari Lahir yang ke 26 buat suamiku yang tersayang Mohd Afiq bin Mohd Muzaffar.

Firstly, entry ni aku tulis khas ditujukan buat si dia. I'm so so so so sorry. Aku ni boleh dikategorikan sebagai manusia yang teruk sebab Birthday suami sendiri pun boleh lupa. Patutlah dari semalam aku rasa semacam seolah-olah ada satu kerja yang belum aku selesaikan. Dan suamiku pula langsung tak ingatkan aku... Sampai lah aku ternampak ade orang wish HB dekat wall facebook suamiku.

Teruk sangat aku rasa sekarang ni sebab sebelum ni tak pernah ter"miss" macam ni. Selalunya aku insan yang pertama wish untuk dia. Aduhai....Rasa macam nak ketuk-ketuk ja kepala. Simple thing also cannot remember!

TO:  En Mohd AfiQ, 

Di sini Cik Siti nak mohon maap sangat-sangat taw. Cik Siti betoi-betoi tak sengaja nak lupa tarikh penting ni. Hukumlah Cik Siti!! Cik Siti janji, next time benda macam ni tak kan berulang dah. Cik Siti akan buat reminder dalam henpon tiap-tiap tahun. Okey!! Nanti En Mohd Afiq balik, kita celebrate sama-sama taw. Tang hadiah, lambat sikit lah. Tunggu gaji bulan depan...hehehehe...
Cik Siti sayang sangat dekat En Mohd AfiQ.

Lagu ni Cik Siti tuju kat En Mohd AfiQ




p/s  : Aku suka bila suamiku memanggilku Cik Siti. Ibu metuanya pun mesti tersenyum bila mendengar.


Tuesday, January 3, 2012

Aku kah yang Terlambat???

Macam poyo je tajuk entry ni kna?

Actually..ni pasal Filem Ombak Rindu. Aku agak terkilan juga dengan cerita ni sebab aku tak sempat nak menonton di panggung wayang. Bukan apa mungkin takdir kot. Huh!! ayat pasrah. Dua tiga kali nak booking tiket kat gsc.com tak menjadi. Internet buat hal lah, TAC tak masuk-masuk, then hall penuh la. Macam-macam.Last-last tengok kat youtube jer sorang-sorang. Layan jiwang sungguh sampai menangis-nangis.

Tahniah pada Director Osman Ali if I not mistaken dia punya nama. Malas nk google dah.. sbb filem yang sangat menyentuh hati. Kepada Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Bront Palarie dan seangkatan dengan nya. Tahniah jugak sebab lakonan yang sungguh bagus. Dan yang paling penting, kepada penulis novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari, jalan cerita kisah ini sungguh tersangat-sangat best giler. Even novel ni aku dah baca masa zaman sekolah-sekolah dulu, tapi masih lagi aku ingat sampai sekarang. And the best part is, macam mana dahulu aku menangis baca Novel Ombak Rindu, macam tulah aku menangis bila tengok Filem Ombak rindu.

Tapi agak-agak filem ni ada sambungan tak seperti novel dia?
Mr. Director..please answer me. k.....

Lagu dia pun best ..layan....



P/S : Part lagu yang ni aku tujukan khas buat suami ku yang berada di Perlis
hah..dah macam tuju lagu kat Mutiara.fm ja...

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Monday, January 2, 2012

ShoutMix

Salam Blogger

Ini berkenaan dengan shoutmix box yang korang duk guna untuk chating dalam korang punya blog.


Jika korang on korang punya blog dan shoutmix korang jadi macam ni itu tandanya account korang dah kena block. Starting Jan 2012, akaun shoutmix yang dikategorikan percuma akan di block kecuali dinaik taraf kepada pelan yang telah dibayar.

So, maksudnya shotmix ni hanya boleh digunakan jika korang berdaftar bawah plan yang ditetapkan dengan bayaran mengikut pakej yang diambil. No more free okay....

Jadi mari kita menyerbu Cbox plak. Korang boleh click link ni http://www.cbox.ws/ 
Function dia lebih kurang dengan shotmix. Setakat sekarang ni, Cbox ni free okay.....

Maaflah...Entry ni touching sikit...

2 Januari 2012

Malam ni hati aku sebak, sedih semua bercampur baur. Aku rasa seperti arah hidup aku hilang.
Kosong jiwa ini. Dah Setahun aku terpaksa menghadap apa yang dinamakan perkahwinan jarak jauh. Seksa!
Tapi disebabkan tuntutan hidup dan masalah ekonomi, aku pasrah.  

Dua tiga hari ni, aku rasa macam nak tinggalkan Pulau Pinang dan pulang semula ke Perlis untuk hidup di samping suamiku. Aku sedih tinggal di sini, bukan kerana sendirian. Aku masih punya keluargaku, mak, abah dan adik- adik yang selalu ada disisi. Tapi bila difikirkan pula nasib suamiku di sana seorang diri. Aku rasa bersalah kerana menjaga nya merupakan tanggungjawab aku.

Memang suamiku tak pernah kisah dan dia sendiri mengizinkan aku bekerja di sini. Tapi lama-kelamaan aku rasa sampai bila aku mahu meneruskan kehidupan seperti ini? Permohonan pertukaran suamiku pun entah bila hendak diluluskan pihak kementerian. 

Sebetulnya aku sudah tawar hati hendak melangkah ke tempat kerja ku. Kerana aku tahu, walau sebaik mana dan sesempurna manapun tugas yang aku lakukan, tetap tidak nampak bagus di mata mereka. Dasar perkauman. Aku juga tahu permainan yang hendak mereka mainkan ke atas aku. Sengaja mencari kesalahan aku supaya mereka boleh jatuhkan dan anggap aku sebagai bola. Tendang ke mana saja yang korang suka.
Hingga kini aku masih sabar. Tapi sampai bila aku nak tahan dengan ujian seperti ini?

Aku juga masih punya hati dan perasaan. Beban kerja yang ku tanggung sungguh tak padan dengan gaji yang aku terima.  Aku masih sabar. Boleh dikatakan setiap hari aku pulang ke rumah dengan tekanan. Namun bila jejak kaki ke rumah,  dihala terus ke dalam bilik.. Hati terdetik, pada siapa harus aku adukan semua masalah ini. Sekurang-kurangnya jika air mata mengalir, ada seseorang yang bantu menyeka titisan itu. Tapi.....suamiku jauh di sana. Aku hanya mampu call, dan menangis di sebalik handfhone tanpa dia tahu.

Ya Allah..Aku serahkan semua padaMu. Kau berilah aku petunjuk keputusan apa yang harus aku buat sebab aku dah tak mampu menahan semua ujian Mu ini Ya Allah. Aku mohon kau cepatkan lah pertukaran suamiku supaya aku dapat hidup tenang di sisinya dan kau bukakan lah pintu rezekiMu padaku agar aku memperoleh pekerjaan yang lain.Amin..

P/S : Abang..B sayang sangat kat abang