Followers

Tuesday, December 25, 2012

Kucing & Aku - Part 1

Assalammualaikum...

Update kali ni adalah berkaitan dengan kucing. Kalau korang nak tahu aku ni kategori obses terhadap kucing. Pets yang cute & manja.



Aku start bela kucing sejak tahun 2004.  Lama dah. Time tu bela kucing-kucing kampung jer. Al-maklum lah dulu tinggal pun di kampung. Banyak kisah antara aku dan kucing-kucing. Gembira, suka & duka. Wah...

Mungkin jika ada mood untuk menaip, di entry akan datang aku akan cerita. 


Friday, December 21, 2012

21.12.2012 - Syukur

Assalammualaikum...

21.12.2012 Salam Jumaat.

Hati rasa sedikit tenang hari ini. Bangun pagi panjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih diberi peluang untuk bernafas di muka bumi ini. Terima kasih Ya Allah.

Firman Allah :

Maksudnya: “Kalau kamu bersyukur atas nikmat-nikmat-Ku, Aku akan tambah lagi nikmat-nikmat-Ku. Tetapi kalau kamu kufur nikmat, ingatlah sesungguhnya siksa-Ku amat pedih.” (Surah Ibrahim: 7)

Thursday, December 20, 2012

Instagram

Assalammualaikum...

Target hari ni nak buat cup cakes. Semalam sibuk sangat cari bahan-bahan, tapi hari ni rasa macam tak da mod plak. Alahai.... Tak pe malam nanti kita cari mod tu.

Korang semua suka snap picture tak? ala tak kisah la kalau tak ada DSLR. kamera henpon pun boleh. Dulu masa study around 2006-2009 aku suka sangat snap pic sendiri. Ala pic yang ala-ala budak comey tu.  Dulu boleh la sebab terasa diri comey tapi sekarang bila tengok dekat screen, rasa mual lagi ada la... Tak sesuai dah kot.

Pernah dengar tak @instagram ? 


According to wikipedia, Instagram is an online photo-sharing and social networking service that enables its users to take a picture, apply a digital filter to it, and share it on a variety of social networking services, including its own. 

For sure ramai dah tau. Tapi saja ja aku nak share lagi. Mana tau still ada geng yang belum ada account instagram ni. So, sape yang ada iphone & android boleh lah download application ni yer. Maaf, blackberry masih lagi tak der kot dalam apps world utk intagram ni. Ala ciannyer. Sabar k.

For me, I love this application that enable us to connect with people that have same interest in photography.
By tagging the picture into what subject that you want to mention, its easy for people around the world to search your photo.  As a cat lover like me, its easy to find people who has same interest in cats. Just search #cat #catlover #kucing and  etc. It's will appear thousand picture of cats. Of course if you love it you can like the picture and add the owner as your friend list. 

Best kan application ni? So apa tunggu lagi, jom la install apps ni dan jangan lupa add la saya sebagai friend list korang.



Wednesday, December 19, 2012

Marah Ke Tak Puas Hati Nih???

Assalammualaikum...

Hari ni hati aku sedikit geram dan marah.
Mungkin orang yang tak kenal aku, akan cakap yang aku ni sombong dan tidak boleh ditegur. Unfair ok!!!
It's not like that!

Just to be honest, please think before you speak to someone. Bcoz sometimes you may hurt someone feeling. I learnt this from my husband.  Aku bukannya apa, hanya kerana aku sekarang dalam status penganggur, orang lain boleh ke menilai sesuka hati? Menganggap aku resign just for fun?

Wait! did you notice that nowadays it hard to find a job? This happen to me! Ingat aku suka?
It quite hard for me leaving my previous job. But I got a reasonable reason that people outside might not be noticed. Sungguh!!! aku memang tak boleh tahan. Biarlah ia menjadi titik noktah kat sini ja. Malas nak fikir dah. Silap-silap cakap lebih-lebih kena saman pulak nanti. Dia kan ada lawyer.

susah taw! ingat aku suka! 


Anggap saja semua ni dugaan tuhan dalam menjalani kehidupan. Mulut orang ni sampai bila-bila pun tak boleh tutup! Hanya berdoa dan tawakal moga suatu hari nanti aku akan peroleh kejayaan. Insyaallah.

Pada sesiapa yang terasa. Opppss Sorry... This entry means no harm to anyone.
Kalau nak tolong, ikhlas la tolong. Kalau tak nak, tiada paksaan. Tapi jangan duk kondem orang sudahlah.
Dunia ini hanya tumpangan. Rezeki masing-masing. Kalau tak nak kongsi duduk diam-diam ok.

Hal orang jangan masuk campur. Saya hanya merancang kehidupan saya. Tetapi hanya Allah S.W.T yang akan tentukan. Amin.......

Bersyukur itu perlu!


Wednesday, December 12, 2012

12.12.12 V/S 11.12.12

12.12.12

Tak tau nak mula dari mana, sebab dah terlalu lama tak update blog ni. Alasan yang sama, always bz..
Tapi sekarang dah jadi penganggur. Lagi? Biasalah dah takdir.

ok..ok..ok .. kalo dilihat pada date hari ni, cun kan? ada ke orang married or tunang hari ni?
Pasti semua nak abadikan date yg cun ni dengan ikatan pertunagan, perkahwinan tapi bukan penceraian ok!!! simpang!!! Tak lupa juga yg dapat baby born hari ni..Tahniah!! rezeki kan?

Ok, update kali ni nak cerita date yang semalam dan bukan hari ni. 11.12.2012 best ke date ni?
Something happen ke? For whom? Of coz la I, that is my 2nd anniversary. To my beloved husband.. Thank you so much. U are mean so much to me!!!



Pejam celik pejam celik, dah 2 tahun kan? wah... dalam 2 tahun ni macam-macam dah jadi. Baik pengalamam dan pengajaran. Tapi apa-apa pun demi sebuah perkahwinan dan janji sehidup semati, semua tu pasti dapat dipertahankan... cewah.... 

Aku happy sangat dapat husband macam dia. Baik, penyayang, chubby, faham aku, tahan dengan perangai aku yang teruk ni... hahahaha...tak boleh puji banyak-banyak. Nanti kalo dia baca. Mau kembang hidung tu!!!

Apa-apa pun. Moga kalian mendoakan kebahagian rumah tangga kami. Sampai hujung nyawa!




Monday, October 29, 2012

Offer yang tak menjadik...

Assalammualaikum......

Setelah 4 hari bercuti, hari ni aku bekerja seperti biasa.
Rutin harian yang membosankan. Bangun pagi, pi kerja. Balik kerja, tido. Letih!!
Kalo tak keja pun tak best jugak, nanti bosan duk rumah.. Ye tak?

Bila dikira-kira balik tinggal lagi 3 minggu ja aku nak bekerja dengan Faito. Bukan niat aku ni nak memilih kerja. Tetapi kalo ada sesapa nak mecuba aktiviti ekstrim. Boleh la try isi kekosongan yang ada. Hahahaha..
Macam ada udang di sebalik mee kan? Wallahualam......

kalo tak percaya, silalah cuba


Hari ni lebih kurang jam 4 petang aku dapat call dari Intel. Offer jawatan Admin Officer. Menarik.
Aku nak sangat offer ni. Diaorang dah set interview untuk aku hari rabu ni jam 3 petang. Tapi, apakan daya. Serius aku tak ada cuti. MC pun aku dah ambik sbb minggu lepas kna serang flu. Kasihani lah diri aku ni...
Terpaksa la aku tolak tawaran ni. Agak bodoh kan?

Hope lepas ni aku dapt la offer keje len yang sesuai dengan aku. Amin.


Sunday, October 28, 2012

Rumah - Rumah

Assalammualaikum....

Topik hari ni rumah. Dulu masa muda-muda, langsung tak pernah terpikir bab rumah ni. Sebab mak bapak dah beli. Aku tumpang jer. Tapi bila dah meningkat dewasa macam sekarang mula lah kelam kabut. Rakyat jelata dalam rumah mak abah dah bertambah. Saiz pun beso-beso. Dah tak muat kot!

Bila dah berkahwin ni, mula terfikir nak beli rumah. Nak ada aset sendiri. Makin tunggu harga rumah semua dah makin mahal. Tak kan nak beli yang sekenhan jer. Tak best la pulak yer.

Sepanjang tahun ni, aku dah banyak gi survey projek-projek perumahan sekitar kawasan seberang perai Pulau Pinang ni. Ingat nak beli teres atau semi D saja. Tak mampu lah nak beli rumah yang mahal-mahal. Gaji pun seciput ja. Takut tak mampu nak bayar hutang nanti.

Kat sini aku nak kongsi sikit rumah-rumah yang aku survey.

First....dekat Bertam Perdana. under Bertam Properties.
Aku berkenan sangat... Tapi hajat tak menjadi, mungkin bukan rezeki lagi kot.

Project name:
Maya 3, Phase 11C
Property type:Single Storey Terrace
No of unit:105
Expected launching:April 2012
Price:RM199,900 to RM330,100

Maya Phase 3, Bertam Perdana



Second, aku survey kat kawasan alma ..Project under Asas Dunia Berhad.
Ada 2 pattern yang aku berkenan. Yang first Taman Impian Indah. Tapi bila ditanya ja pada sales person, dia bgtaw harga RM240,000. Mak aii terkejut den. Macam nak beli rumah double storey. 




Then yang satu lagi pattern, kat Taman Seruling Emas area Sungai Bakap.
Teres biasa ja, harga RM130,000. Not bad. Then petang tu, aku ngan hubby p la survey tempat.
Rumah cantik, tapi area tu agak hulu la... Jauh plak nak pi keja nanti. So, tak jadi la.....



Then, ini yang terakhir la yang aku g survey kelmarin. Halaman Seroja, kawasan kat area Batu Kawan.
Double Storey Low Cost. Rumah dia comel jer. Aku suka. Tak la mahal sangat.
Yang ni under PDC Properties. Isnin ingat nak call office dia, teringin nak booking. Hubby pun kata ok.
Walaupun rekaan dia nampak macam biasa-biasa saja, cukup lah bagi aku ngan hubby yang baru mula nak hidup ni.... Harap sanagt semua nya dipermudahkan.....




ok?? aku rasa korang yang baca entry ni pun kena la fikir-fikirkan untuk beli aset ni. Ye tak?



Saturday, October 27, 2012

Bulatan Rahsia

Assalammualaikum....
Wah..rasanya dah berkurun tak update blog ni...lately, tak ada idea lah. Then, sibuk dengan kerja.
Argghhh....alasan je semua tu. Conclusion, laptop saya masuk workshop!

Hurm... Malam ni saya sangat tidak berpuas hati. Even benda ni dah di announce 5 month yang lalu. Tapi saya hanya dapat tahu malam ni. Tengah duk dating pak cik google, teringat series drama "The Secret Circle".. aku ni memang pantang drama omputih ni....







Season first dah abis aku downlod n dah khatam dia pnya cerita. Memang cite yang jenis fantasy ni aku punya favorite lah... Kalo nak suruh aku buat sinopsis ni memang panjang berjela then korang pun mesti boring nak baca...

Berbalik pada ketidak puasan hati aku, 10 minit yang lepas, aku baru dapat tau yang sambungan cerita ni maksudnya season 2 has been CANCELLED!!!  warghhhh!!!! tak patut sungguh!



Ni nak bagi satu permintaan pada penerbit cerita ni. Kasihanilah aku ni yang minat sangat cerita ni. Tolong la sambung balik. Aku nak taw apa yang jadi kat Cassie Blake. Dark Magic dia tu cmna? aduh.. Tolong
jawab sat???



Sunday, June 17, 2012

Hari-hari bapa...

Assalammualaikum...


Rasanya dah lama sangat tak update blog ni. Bukan tak ada idea nak menulis, cuma semenjak dua menjak ni sibuk dengan kerja. Kadang-kadang bila difikir-fikirkan balik malas gila nak kerja. Tapi kalau tak kerja, mana mau dapat duit. Income tak ada, boleh mati kering.''


Hari ini 17 June 2012, aku nak ambil kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Bapa kepada abah aku Sabri Bin Sulaiman. Dia seorang yang simple & sempoi.. Thank ye abah, sebab belikan tab..hehehehe...... 
Kalau saya ada duit, saya ganti balik, Kalau tak ada kira halal lah ye.....:) Sapa lagi nak perabih kan harta abah kalau bukan saya...hehehehe......Kureng asam punya anak!!!


hahaha...itu je lah ye...malas nak menaip sebab mata pun agak mengantuk...babai.......

Thursday, March 22, 2012

1st GIVEAWAY FOREVER YOUNG BY NAZIHAH HSN

Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia



Join GA ni...
Tertarik sangat dengan cute pensel case tu..Nak bole???
Ala...Boleh la....plz3!!!


Thank ye pada yang tag saya untuk join GA ni.
Kat sini saya nak tag jugak teman-teman blogger yang lain..



Jangan Lupa join ye!!!






Wednesday, March 21, 2012

Renungan Untuk Kita Bersama

Assalammualaikum Dan Salam 1 Malaysia..

Jangan marah ye coz ini entry ke-dua untuk hari ini. 

Pernah tak suatu ketika, korang rasa diri korang kosong, hati tidak tenang, banyak masalah seolah-olah otak tak mahu berhenti berfikir. Sedangkan korang sendiri pun tidak pasti dengan apa yang korang fikirkan. Adakalanya anda fikir kenapa diri korang tak sesempurna seperti orang lain. 

Baru-baru ini aku terbaca status facebook seorang hamba Allah ni. Siapa dia?
biarlah rahsia tetapi ternyata dari gaya tulisan menunjukkan dia tidak langsung menerima takdir dan ketentuan Allah s.w.t. Wallahualam.. Meragui ciptaan Allah, mendoakan keburukan darah daging sendiri, bercakap kasar..Aku rasa itu bukan budaya kita. 

Tujuan aku menulis ni, bukan lah semata-mata hendak memburukkan dia. Tetapi aku rasa apa yang dia buat tak betul. Ingin aku tegur, siapalah aku. Budget dia nak dengar nasihat aku. 

Seharusnya, kita kena fikir positif. Allah s.w.t buka peluang melanjutkan pelajaran kepada kita supaya kita belajar bersungguh-sungguh. Dapat keputusan yang cemerlang dengan harapan bila dah tamat pengajian kita boleh mencari kerja bagi merubah kualiti kehidupan. Rezeki ada di mana-mana. Berdoa selalu supaya kita sentiasa dipermudahkan. Tapi sayang nya ada juga segelintir yang sentiasa salahkan takdir. Kononnya aliran  yang diambil langsung tak ada peluang pekerjaan. Walhal anda sendiri yang tak mahu mencuba! Positif okey?

Petikan dari Surah Al-Mukminun [12] Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah. [13] Kemudian Kami jadikan “pati” itu (setitis) air benih pada penetapan yang kukuh. [14] Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik Pencipta. 

Allah s.w.t telah mencipta manusia sebaik-baik kejadian dan ciptaan Nya adalah istimewa lagi indah. Jadi kita sebagai hambanya hendaklah bersyukur dan menerima diri kita seadanya. Tak baik dan berdosa jika kita asyik menghina kita ini tidak cantik, tidak hensem. Tak apa kawan-kawan. Janji hati kita penuh dengan Iman dan Iman itulah yang paling indah dari segalanya.

Kadang-kadang, tanpa kita sedari ramai yang selalu mendoakan kebahagian dalam kehidupan kita. Contohnya, ibu bapa, adik-beradik serta kawan-kawan terdekat. Tak mustahil kan? Selepas solat kita digalakkan berdoa dan memohon dari Allah s.w.t dalam apa jua sekalipun. Allah s.w.t tak pernah lupa dengan kita tetapi sebaliknya kita yang selalu lupa kepada Dia. Jadi tak baik dan berdosa sekiranya kita mendoakan keburukan untuk orang lain. Wallahualam..... 

Jadi insaflah wahai teman ye....
Yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri.

Wassalam.


Senyum Dan Nikmati Hari-Hari Yang Indah

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Rasanya dah lama tak update blog. Bukan tiada masa tetapi kekeringan idea.
Hari ini dan hari-hari mendatang aku free. Al-maklum lah dah bergelar penganggur terhormat

Ramai yang tanya, kenapa kau resign? Lalu aku jawab lah...dapat keje baru. TLDM
wauuu!!! bestnya!! yalah best sangat Tidor Lepak Dan Makan..tak ke bunyi TLDM???
Tak ke korang dah terkena!!! sorry lah okey???

Actually, bila disebut hal kerja, korang ingat aku suka ke duduk saja macam sekarang ni.
Hutang kereta, internet, siapa nak tolong bayarkan kalau income tak ada setiap bulan. Susah!!

Bukan sengaja nak lepaskan jawatan, tetapi aku rasa di company tu terdapat bayak sangat diskriminasi.
Sering saja ditindas. Lebih baik aku undurkan diri sahaja. Malas nak kecoh! Buat elok macam mana pun tetap tak kena. Aku rasa korang pun mesti penah rasa macam ni kan. Especially kepada yang dah bekerja.

Tapi tak apa, rezeki ada di mana-mana sahaja. Aku hanya perlukan masa untuk cuci otak aku. Mau kasi format semua sebab next month nak masuk data-data baru pulak..hehehehe....

"La Tahzan"  Senyumlah dan nikmatlah hari-hari yang indah.  Yakinlah bahawa Allah s.w.t selalu yang memberi yang terbaik untuk kita walaupun terasa begitu berat tanggungan yang terpaksa kita hadapi.  Itu yang selalu aku fikir bila diri aku dilanda cubaan hidup. Ingat! Semua ini mematangkan kita dan jangan putus asa.

Usaha Tangga Kejayaan. 

senyum jangan tak senyum

Sunday, February 12, 2012

Rabbit...oh...Arnab

Salam Blogger...

Dahulu kau pernah jadi milik aku
Tapi aku dah tak da masa untuk kamu
Maafkan aku, 
Aku terpaksa lepaskan kamu.
Ku sangka Kau tak bahagia bila aku tiada bersamamu
Tapi..kau bertambah gumbira dan dikurniakan cahaya mata.
Aku tumpang bahagia jika kau bahagia...



3 bulan selepas itu kau melahirkan 2 ekor anak

8 bulan selepas itu kau melahirkan 6 ekor anak
My favourite! mata celak...

kecik molek



Tahniah ye En. & Puan Nab
Doakan untuk aku plak

Black-Out

Salam Blogger! 

Gara-gara seorang pemandu yang mementingkan diri sendiri, habis satu taman berada dalam keadaan gelap-gelita. Hempeh betul!!! Habis dilanggar nya tiang elektrik tepi jalan sampai patah dua. Dasyat betul..Tapi apa nak buat, benda dah nak jadi. Sudah suratan takdir. 

Tapi kadang-kadang bila difikirkan best jugak. Bila jadi jer kejadian macam tu, semua penghuni pakat-pakat keluar melepak di laur rumah. Al-maklumlah panas. Aku plak, ajak husband gi kedai makan beli nasi goreng seafood (sedap oooo...) and burger. Balik jer terus buat candle light dinner dekat depan rumah n makan bersama-sama. Bukan senang nak dapat moment macam ni.

Lepas makan, mak aku p bergosip dengan jiran-jiran sebelah rumah. Aku pun tumpang sekaki. Nak bt macam mana, laki aku siap boleh tidor lagi. Dari pukul 10 pm sampai la 12.30 am baru elektrik ada. Bayang kan lah 1 taman gulap gulita. Best ooo..... Tapi cian jugak kat sesape yang ada anak kecil. Mesti tak senang duduk..

Apapun.. enjoy jer...!!!


Ni pic masa TNB tengah settle the case. Thank ya bang TNB!!!




Monday, January 30, 2012

Juara ke Tak, Sama Saja...


Salam Blogger

Entry ini ditulis ketika aku sedang  mencuri sisa-sisa tulang di tempat keja aku (Disebabkan aku ni seorang yang tulus, aku tak guna internet di pejabat...Balik Rumah aku publish guna P1 aku..)

Al maklumlah, mod raya masih ada. Jadi aku pun secara automatik tak banyak keja. Keja melengung jer lebih. Di tambah pula supervisor aku masih lagi bercuti...

To Mr Koay and Ms Wa.. Happy Holiday ok!! (tangan Di dada, Mata ke atas)



 

First of all, aku nak ucap tahniah pada Hafiz yang telah menjadi juara dalam anugerah Juara Lagu ke-26 semalam. Kejayaan yang tidak diduga. Dengan hanya memakai track suit dan t-shirt pun boleh jadi juara.... Logik x?
 
Selepas jer menonton AJL 26 di www.tv3.com.my live streaming, aku sempat mejengah laman sosial Facebook dan Twitter. Boleh dikatakan 80% dalam friendlist aku mengeluarkan pelbagai status berkaitan AJL. Komen-komen yang ditulis mengalahkan juri profesional. 

Bila artis favourite menang, diagung-agungkan tetapi jika artis favourite kalah.. Dikutuk-kutuk.. Apepun, Chill ok!! Rilex!  Anggap sahaja semua itu rezeki diaorang untuk tahun 2012 ni. Lagipun menang dan kalah adalah adat pertandingan. Redha je k. Tahun depan cuba lagi. Dan aku rasa, semua peserta tak kurang hebatnya. Kenapa?  Kalau tak hebat, tak kan lah nak masuk peringkat akhir ..ye tak?

Ni aku bagi info sikit pasal AJL..(aku tahu korang dah tahu..saja nak menyemak wall Blog aku)

Anugerah Vokal Terbaik : Hafiz - Awan Nano
Anugerah Persembahan Terbaik : Alyah - Kisah Hati

Tempat Pertama :Hafiz - Awan Nano
Tempat Kedua : Gabungan 3 suara Shila Hamzah, Ning Baizura, Jacklyn - Beribu Sesalan
Tempat Ketiga : Faizal Tahir - Karma

Congratulation to all....!!!



p/s ; Banyak betul duit diorang anjur competition macam ni..Membazir jer. Bagi kat aku kan bagus!!

Ko Jangan Tak Ngaku Ko Tak Jiwang!!!

Salam Blogger Untuk Semua!!!

Situasi

Tin Mon        : Bosan Do!! Pasang la radio.

Latip Pah      : Jap..Jap.. Kita dengar radio Sinar.fm Lagu dia jiwang sehhh!! Meleleh kasi tangkap lentok punya.

Tin Mon        : Kepala Hotak kau! ko ingat aku ni jiwang karat mcm ko ke? Nak melayan lagu cintan-cintun. Berbulu tau tak!

Latip Pah      : Hek eleh... ngata orang plak. Ok pe, ha..kau cuba dengar. Fullamak...lagu peberet aku plak ni. Ko cuba dengar aku nyanyi. 3 bulan aku duk hafal lirik taw tak! "begitulah awan nano,
nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano... dia tahu, dia gadisku..........

Tin Mon        : Sudah2.. Sakit telinga. Nano..Nano... Meh sini aku tukar channel. Dengar Hitz.fm lagi best.

Latip Pah       : Alah..bangga sangat dengan orang puteh dia tu. Padahal kelabu asap je aku tengok.

Tin Mon        : Ko mana tau. Ni ha Lagu Lady Gagal . Muzik dia boleh goyang-goyang kepala. Kalo dengar lagu jiwang macam ko, bleh ngantuk jadinya!


For sure situasi macam ni korang pernah alami kan?  Lagu berbahasa melayu seringkali dianggap sebagai jiwang dan ramai muda mudi remaja sekarang suka mendengar lagu bebahasa Inggeris. Kononya sesuai dengan peredaran zaman dan muzik yang moden. Ala-ala clubbing gitu.

Tapi adakah korang semua perasan? Lagu berbahasa Inggeris dan Melayu lebih kurang sahaja tahap kejiwangan nya. Tak caya? Meh aku bagi contoh:

Artis : My Chemical Romance
Tajuk : I Don'T Love You

Eh..Kan jiwang tajuk tu?  Kalo ikut banyak lagi..cuma malas nak tanya Pak Cik Google jer...dia pun dah ngantuk!

P/S : Actually, aku adalah salah seorang yang lebih gemar mendengar lagu berbahasa Inggeris dari Bahasa Melayu. Eh2..Jiwang kan? Adelah sikit.....

Thursday, January 5, 2012

Kaca Mata Ku

Salam Blogger dan Salam 1 Malaysia.

Boring-boring dah tak tau nak buat apa tetiba aku terfikir nak post entry ni. Hari ni aku nak cerita perihal cermin mata.  Aku rasa insan-insan yang satu spesis dengan aku mesti menganggap cermin mata ni sebagai 1 keperluan dalam hidup. Tanpa dia gelaplah dunia...Tak gitu?

Aku start pakai spec tahun 2006. Time tu aku baru first sem dekat UiTM. Al maklum lah tabiat aku yang suka ngadap laptop ditambah pula suka duduk di tempat yang kurang pencahayaan. Kadang-kadang ada gak baca buku dalam gelap. Last-last bukan aku baca buku tapi buku baca aku. Alah itu perkara biasa!

Ni aku nak cerita sejarah spec aku kat korang. Koleksi lah katakan

Pic ni aku ambik masa event Fiesta De'Futsal kat kampus aku. Yang ni spec aku tahun 2006. Brand dah lupa. Lama sangat dah. Bingkai pun aku dah lupa simpan kat mana. Aku buat di kedai cermin mata area Seri Iskandar, Perak guna duit PTPT-PU. hahahah....

2006



Pic ni aku ambik kat depan kampus aku. Waktu tu kami baru balik konvoi Part 5 ke Taiping. Spec ni brand Playboy a.k.a spec favourite aku. Aku sayang gila. Cantik dia pnya design. Aku buat di kedai cermin mata di Krico Bukit Minyak. Rasanya aku guna duit PTPT-PU jugak kot. Tapi sayang, spec ni hilang. Tercicir dari kereta. Sedih giler.




2008 - Playboy style



Yang ni pula spec tahun 2009. Brand Levis's. My mother sponsor baru sebab spec lama hilang. Pakai tak lama sebab ntah kenapa tetiba rasa tak sesuai dengan muka. Masa beli ok jer. Bingkai dia sampai sekarang masih disimpan dengan elok.  Buat di kedai yang sama dengan Spec brand Playboy tu.

2009


Ini pic agak skema sebab snap di office. Tengok headset dekat telinga pun dah tau keje customer service.
Aku buat spec ni di Tesco E-Gate Penang. Brand apa ntah, tak ingat. Boyfriend sponsor. Sekarang boyfriend tu dah bertukar jadi Hubby. Bingkai still ada disimpan dengan elok. Kadang-kadang still pkai even sedikit kabur. Sayang sebab spec ni ada fotogrey.




2009

Yang ni yang paling Latest. Raya Tahun 2010 di kampung halaman. Spec ala ekonomi. Frame dan cermin dibeli asing. Brand Ray Ban cap Ayam. Al-Maklumlah, dah tak da sapa nak sponsor. Hehehehe...Aku buat di kedai cermin mata dekat Bagan Ajam. Diaorang cakap murah. Tapi cam sama ja harga. ermmm..aku tau. Nak promote je lebih.





Sekian. Kisah hidup spec aku.

Wednesday, January 4, 2012

Teruk Sangat Ke Aku Ni???

Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia

4 January 2012 : Selamat Hari Lahir yang ke 26 buat suamiku yang tersayang Mohd Afiq bin Mohd Muzaffar.

Firstly, entry ni aku tulis khas ditujukan buat si dia. I'm so so so so sorry. Aku ni boleh dikategorikan sebagai manusia yang teruk sebab Birthday suami sendiri pun boleh lupa. Patutlah dari semalam aku rasa semacam seolah-olah ada satu kerja yang belum aku selesaikan. Dan suamiku pula langsung tak ingatkan aku... Sampai lah aku ternampak ade orang wish HB dekat wall facebook suamiku.

Teruk sangat aku rasa sekarang ni sebab sebelum ni tak pernah ter"miss" macam ni. Selalunya aku insan yang pertama wish untuk dia. Aduhai....Rasa macam nak ketuk-ketuk ja kepala. Simple thing also cannot remember!

TO:  En Mohd AfiQ, 

Di sini Cik Siti nak mohon maap sangat-sangat taw. Cik Siti betoi-betoi tak sengaja nak lupa tarikh penting ni. Hukumlah Cik Siti!! Cik Siti janji, next time benda macam ni tak kan berulang dah. Cik Siti akan buat reminder dalam henpon tiap-tiap tahun. Okey!! Nanti En Mohd Afiq balik, kita celebrate sama-sama taw. Tang hadiah, lambat sikit lah. Tunggu gaji bulan depan...hehehehe...
Cik Siti sayang sangat dekat En Mohd AfiQ.

Lagu ni Cik Siti tuju kat En Mohd AfiQ




p/s  : Aku suka bila suamiku memanggilku Cik Siti. Ibu metuanya pun mesti tersenyum bila mendengar.


Tuesday, January 3, 2012

Aku kah yang Terlambat???

Macam poyo je tajuk entry ni kna?

Actually..ni pasal Filem Ombak Rindu. Aku agak terkilan juga dengan cerita ni sebab aku tak sempat nak menonton di panggung wayang. Bukan apa mungkin takdir kot. Huh!! ayat pasrah. Dua tiga kali nak booking tiket kat gsc.com tak menjadi. Internet buat hal lah, TAC tak masuk-masuk, then hall penuh la. Macam-macam.Last-last tengok kat youtube jer sorang-sorang. Layan jiwang sungguh sampai menangis-nangis.

Tahniah pada Director Osman Ali if I not mistaken dia punya nama. Malas nk google dah.. sbb filem yang sangat menyentuh hati. Kepada Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Bront Palarie dan seangkatan dengan nya. Tahniah jugak sebab lakonan yang sungguh bagus. Dan yang paling penting, kepada penulis novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari, jalan cerita kisah ini sungguh tersangat-sangat best giler. Even novel ni aku dah baca masa zaman sekolah-sekolah dulu, tapi masih lagi aku ingat sampai sekarang. And the best part is, macam mana dahulu aku menangis baca Novel Ombak Rindu, macam tulah aku menangis bila tengok Filem Ombak rindu.

Tapi agak-agak filem ni ada sambungan tak seperti novel dia?
Mr. Director..please answer me. k.....

Lagu dia pun best ..layan....



P/S : Part lagu yang ni aku tujukan khas buat suami ku yang berada di Perlis
hah..dah macam tuju lagu kat Mutiara.fm ja...

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Monday, January 2, 2012

ShoutMix

Salam Blogger

Ini berkenaan dengan shoutmix box yang korang duk guna untuk chating dalam korang punya blog.


Jika korang on korang punya blog dan shoutmix korang jadi macam ni itu tandanya account korang dah kena block. Starting Jan 2012, akaun shoutmix yang dikategorikan percuma akan di block kecuali dinaik taraf kepada pelan yang telah dibayar.

So, maksudnya shotmix ni hanya boleh digunakan jika korang berdaftar bawah plan yang ditetapkan dengan bayaran mengikut pakej yang diambil. No more free okay....

Jadi mari kita menyerbu Cbox plak. Korang boleh click link ni http://www.cbox.ws/ 
Function dia lebih kurang dengan shotmix. Setakat sekarang ni, Cbox ni free okay.....