Followers

Sunday, October 28, 2012

Rumah - Rumah

Assalammualaikum....

Topik hari ni rumah. Dulu masa muda-muda, langsung tak pernah terpikir bab rumah ni. Sebab mak bapak dah beli. Aku tumpang jer. Tapi bila dah meningkat dewasa macam sekarang mula lah kelam kabut. Rakyat jelata dalam rumah mak abah dah bertambah. Saiz pun beso-beso. Dah tak muat kot!

Bila dah berkahwin ni, mula terfikir nak beli rumah. Nak ada aset sendiri. Makin tunggu harga rumah semua dah makin mahal. Tak kan nak beli yang sekenhan jer. Tak best la pulak yer.

Sepanjang tahun ni, aku dah banyak gi survey projek-projek perumahan sekitar kawasan seberang perai Pulau Pinang ni. Ingat nak beli teres atau semi D saja. Tak mampu lah nak beli rumah yang mahal-mahal. Gaji pun seciput ja. Takut tak mampu nak bayar hutang nanti.

Kat sini aku nak kongsi sikit rumah-rumah yang aku survey.

First....dekat Bertam Perdana. under Bertam Properties.
Aku berkenan sangat... Tapi hajat tak menjadi, mungkin bukan rezeki lagi kot.

Project name:
Maya 3, Phase 11C
Property type:Single Storey Terrace
No of unit:105
Expected launching:April 2012
Price:RM199,900 to RM330,100

Maya Phase 3, Bertam Perdana



Second, aku survey kat kawasan alma ..Project under Asas Dunia Berhad.
Ada 2 pattern yang aku berkenan. Yang first Taman Impian Indah. Tapi bila ditanya ja pada sales person, dia bgtaw harga RM240,000. Mak aii terkejut den. Macam nak beli rumah double storey. 




Then yang satu lagi pattern, kat Taman Seruling Emas area Sungai Bakap.
Teres biasa ja, harga RM130,000. Not bad. Then petang tu, aku ngan hubby p la survey tempat.
Rumah cantik, tapi area tu agak hulu la... Jauh plak nak pi keja nanti. So, tak jadi la.....



Then, ini yang terakhir la yang aku g survey kelmarin. Halaman Seroja, kawasan kat area Batu Kawan.
Double Storey Low Cost. Rumah dia comel jer. Aku suka. Tak la mahal sangat.
Yang ni under PDC Properties. Isnin ingat nak call office dia, teringin nak booking. Hubby pun kata ok.
Walaupun rekaan dia nampak macam biasa-biasa saja, cukup lah bagi aku ngan hubby yang baru mula nak hidup ni.... Harap sanagt semua nya dipermudahkan.....




ok?? aku rasa korang yang baca entry ni pun kena la fikir-fikirkan untuk beli aset ni. Ye tak?



No comments:

Post a Comment