Followers

Friday, August 19, 2011

Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah ;)

Salam Blogger utk semua....

Entry hari ni special sket....
"in a mood to join segment"
sbenarnya dah lama teringin nak join segment dlm blogger...
so tngh godek2 blogger ...
terjumpa la satu blog...Anif Abdullah nma tuannya.....

memandangkan follower aku mmg under 500..
so aku pun "menjoinkan" diri utk participate dlm segment ni...


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN:

1)Wajib menjadi Follower Blog Anif Abdullah

2)Copy BANNER kat bawah

3) Paste kan ke dalam entri yang korang buat bertajuk " Segmen Promosi Blog 500 Follower Ke Bawah "

4) Di dalam entri itu haruslah ada 
* Nama 
*Hobi korang


5) Dah siap,tinggalkan LINK korang tu ke entri tersebut..  Senang kan?

6) Korang ada kebebasan untuk TAG kawan-kawan (pastikan mereka tahu ya)


7) Tujuan Segmen: 


Untuk meningkatkan jumlah follower 500 kebawah sahaja (500 ke atas,sori eh) dan memeriahkan  blog korang sempena bulan puasa,kemerdekaan dan lebaran ini dengan tetamu yg hadir.. Tambahan pula, para blogger dapat jugak bertukar-tukar hobi sekaligus merapatkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain.


8) Apabila tamat penyertaan,AA akan mempromosi setiap blog di dalam ENTRI KHAS...

9) Tarikh tutup penyertaan : 22 OGOS 2011 (tak perlu lama-lama sangat)


++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Entry Segment




Nama : 
Siti Shakina Binti Sabri
a.k.a 
Miss Ayumi

Hobi : 
Blogwalking 
Dengar lagu
Lepak kat pantai
Men Game
Kacau org
Kacau Cik Tam & Cik Teh (my sweet Little Cat)
Kacau Mr. Afiq
Kacau Hinata_amaru
senang cerita , kacau semua org lah.... 
hehehehe.......jahat x aku???

Ucapan: (skema betoi minah ni)
salam pd semua blogger....
harap dgn entry dlm segment ni, aku akan dapat ramai lagi kenalan baru dan semperna
lebaran yg bakal mendatang..aku nak ucapkan selamat berpuasa dan Selamat Hari Raya...

p/s: jgn main mercun taw...Bahaya!!!!

Sekian




Thursday, August 18, 2011

Suami & Isteri

Tahukah kau wahai suami Dan bakal suami?? 
Suami Isteri ini asalnya 2 individu asing yang saling tidak mengenali. 
Atas takdir tuhan dipertemukan dan aqad nikah telah menyatukan mereka.



Tetapi.......tahukah kau apa yang isterimu selalu lakukan untukmu dan
fikirlah sejenak apa pula yang kau berikan untuknya... 
KALA kau tiada duit, bukankah magic David copperfield bila tiba2
kau buka wallet ada duit pulak di dalamnya, tahukah kau yang isterimu sentiasa curi2 membuka wallet untuk mengecek " Ada duitkah Suamiku?"

TAPI Bila kau Ada duit, wah! Wah! Kau siap boleh tanya lagi bini kau " Ada duit ke?" sedangkan itukan kewajipan kau untuk memberinya nafkah?

Tahukah kau wahai suami, tiap2 malam isterimu akan terbangun dari tidurnya dan perkara pertama yang diingat ialah suaminya, lantas terus si isteri menjenguk suaminya di sebelah, di kucup dahi suaminya, diusap rambutnya, penuh kasih sayang dan belas kasihan . TAPI yang kau berinya hanyalah dengkuran kadang2 siap kentut lagi..Cissss! !

Tahukah kau wahai suami, kalau kau balik lewat malam sampai jam 4-5 pagi atas alasan kerja atau kau suka2 nak lepak ngan kawan2, bini kau yang dirumah tu tak lena tidur, selagi kau tak balik selagi tulah mata tak leh pejam
.

TAPI yang kau tahu bersembang aje sampai pagi, langsung tak ingat bini, dahlah balik lambat esoknya selagi tak masuk Zohor tak reti2 nak bangun, dah bangun tahu nak makan aje...

Tahu tak kau wahai suami, setiap kali isteri mu menggosok bajumu apa yang sentiasa terlintas di fikirannya ialah "Handsome tak laki aku bila pakai baju in?"
Tapi kau bila dah hansome sikit mula hidung tinggi nak mengorat lagi....
 
Tahu tak kau wahai suami, isteri kamu tak mintak banyak, cuma pujilah dia sekali-sekala, peluklah dia setiap pagi dan malam sebelum tidur . Peluk yang setakat pelukan sayang sahaja.. (bukan dengan harapan dapat "apa-apa"), hadiahkanlah dia sekali-sekala walaupun setakat coklat sekeping, picitlah bahunya sekali-sekala Dan kalau nak tidur tu... selimutkanlah dia, sebab sebenarnya, selagi suami dia tak lelap mata dia hanya tidur2 ayam sahaja...

 
INI YANG BEST NI

Satu lagi... suami, kalau korang nak tahu, sebaik sahaja saksi kata SAH!!!! Tuhan tu telah kurniakan 6, 7, 8 senses kat isteri sebab itulah dia orang tahu korang buat apa kat belakang dia, tak yah guna spy...dia orang musti tahu punya....

Hargailah isteri dan bakal isteri korang, sebagaimana korang hargai kereta korang, PS2 korang dan lain-lain

Pengajaran ayat:
 
Perkahwinan itu satu perkara yang mulia... Mengapa mesti kita mengelakkannya. Ia adalah satu fitrah bagi manusia..

Kalau tak sanggup, manusiakah KITA. Jangan risau jika kita tak dapat isteri yang solehah kerana Allah telah berjanji, perempuan yang soleh hanya utk lelaki yg soleh....Kalau kita sbg lelaki tak boleh....jgn harap dapat bini yg soleh....Syukur apa yg telah dikurniakan.. Tak semua perempuan itu BAIK, tapi baik kah kita nak dapat perempuan yg baik...???

Kalau kita mengorat perempuan memang tak baik, tapi kalau kita tak berusaha nak cari isteri; Ada can ker bini itu TURUN dari langit..... Kita tak suka perigi mencari timba...Perempuan jenis apakah itu???

Siti Khadijah pun perempuan mcm itu; Hinakah dia??????

Allah telah mengutuskan perempuan utk lelaki...bukannya kita perlu hidup dgn sendiri....


Mungkin rezeki tidak ada untuk kita memulakan alam perkahwinan. ......Tanpa usaha , rezeki itu memnag tidak Ada....


Syabas kpd sesiapa yg melangkah ke gerbang perkahwinan, yg tidak,


ANDA sesungguhnya berada dalam kerugian....


FIKIR-FIKIRKANLAH.......  



 

Tuesday, August 16, 2011

Nak Berjaya, Kena Usaha....


Salam blogger utk semua rakyat Malaysia...

Bagi aku kalau kita nak berjaya, usaha tu amat penting...
sebab dalam kehidupan yang serba canggih sekarang, pendidikan amat penting utk mencapai cita-cita yang kita impikan..
Tanpa usaha yang gigih, tak mungkin kita mampu meraih kejayaan pada masa akan datang 
( kalau ada pun mngkin rezeki Allah S.W.T atau nasib..kira lucky la...)


semut pun taw usaha apatah lagi manusia

"Jika diberi satu situasi...di mana prestasi kerja kamu kurang memuaskan dan pihak atasan tidak berpuas hati lantas mengambil tindakan terhadap kamu..."




marah bebenor nmpaknya

so..apa yg korang semua fikir jika situasi tersebut belaku atas diri korang???

kalau aku... dah ketaq lulut semua ada...
bkn apa, bila jadi mcm ni, dah tentu majikan akan fikir kamu tak layak bekerja dgn company dia..
so mcm2 lagi bakal terjadi kalau kita x perbaiki keadaan dan sedar kesilapan yg kita lalukan....

atau
bt xtahu ja.....teruskan hari-hari yg mendatang dgn slumber...
mcm dlu2...

alamatnya..... xmustahil kamu akan terima ayat cinta 
"YOU FIRED"
time tu nyesal pun dah xgna weyyhhhh.....



ayat cinta paling best smpai rasa nak nanges..

jadi.... sementara masih ada waktu..manfaatkan sebaiknya..
ingat kita makan gaji jer.. bkn bos atau anak bos atau yg sewaktu dgnnya...
bila ikhlas bekerja, baru rezeki kta berkat....
bila dapat keberkatan dari Allah..InsyaAllah dipermudahkan rezeki utk kita...

tapi yg penting jgn lupa berdoa pada Yang Esa....
serta selalu bersabar...mna tau dek kerajinan dan komitmen yg tinggi pada kerja anda
xmustahil kamu akan dinaikkan pangkat jadi "BOS"


sekian...

p/s: bt kerja betul2..jgn tau nk mengulat ja....muka lawa tp kaki busuk bt apa....hempeh toi...!

Monday, August 15, 2011

Kad Raya Ohhh Kad Raya


Salam blogger utk semua

"Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati"

yelakan, mana xsenang hati, baru jer berbuka puasa..
pas makan mata pun jadi berat ja....
rasa cm malas ja...mulut ni pun xbrenti2 menguap....

dah2...jgn nak dilayan sngat perasaan ni....
(dah merepek meraban dah aku ni)

Pejam celik-pejam celik dah 15 hari kita berpuasa..
so macam mna dengan puasa korang? masih lagi dapat bertahan atau dah berterabur...
harap2 semua ok la kan (macam aku)......berjuang hingga ke titisan terakhir!!!! (pun mcm aku.."hempeh")

bahang Aidilfitri pun dah makin dekat
bila turn on radio, dah bnyak radio station mainkan lagu raya...best je dngar....
mak cik- mak cik  sebelah rumah pun dah bnyak buat kuih raya....
exspo2 tepi jalan pun dah bnyak beroperasi menjual kelengkapan aidilfitri...
tapi aku? boleh bt rilex lagi..apa pun xsedia lagi....
xsempat lah...kekangan masa.....en. hubby pun duk jauh..( sobb...sobbb...sobb....)

Wah..pnjang nya intro aku ni...actually entry aku kali ni aku nak story mory pasal kad raya..



Dahulu sekitar tahun 2001, masa tu aku sekolah menengah..
time tu kad raya mmg wajib utk kawan-kawan.....
sanggup berhabis duit beli kad, setem....yelakan time tu harap duit saku yg mak abah bg je....
bak kata pepatah...x lengkap aidilfitri ni tanpa kad raya...

yg paling lucu nya bila bg kad raya pada kawan...antara ayat yg femes :

  • assalamualaikum...xjawab dosa.... (wajib bg)
  • puasa ke tidak?
  • baju raya berapa pasang tahun ni?
  • kasut raya pulak bnyak mna?
  • tudung raya?
  • tema baju thun ni warna apa?
  • kuih raya buat ke beli? kita buat kuih tunjuk jer..
  • di kesempatan ni nak menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki ( mak aih....over betoi...hihihi )
  • raya jemputlah mai rumah....
  • pastu msti lekat syiling 1 sen atau 5 sen.... dgn ayat "nah amik duit ni bt duit raya"
tapi sekarang ni...aku rasa kad raya ni dah jarang kita gna....
zaman era globalisasi 2011...
kita dah makin sibuk dgn rutin harian...kerja-kerja yg xpernah habis....
masyarakat lebih suka gna digital kad yg boleh hntar melalui email...
ucapan melalui fesbuk, SMS, dan lain- lain lagi.....
kata mereka lebih mudah, jimat dan cepat.....
tapi bg aku..... kad raya ni ibarat warisan tradisi kita....
xmeriah rasanya tanpa kad raya...

betul x???




Sunday, August 14, 2011

REMINDER!!!






& ETC...


tak dinafikan ia memang menjadi kegilaan ramai individu zaman sekarang
tak kira yg muda, remaja, dewasa
yg bujang, berkahwin...
semua pun layan....

facebook, twitter, blog dan sebagainya merupakan tempat kita berkongsi ilmu pengetahuan dan bertukar- tukar fikiran atau idea...
selain itu ia dapat menambah pengetahuan kita sedikit sebanyak...

tapi di ingatkan jgn jadikan platform ini sebagai perantaraan yg buruk....
jgn menyakiti hati individu lain atau hak- hak sensitiviti sesama kita
x bagus dan ia merupakan aktiviti yg kurang sihat

seharusnya kita hendaklah tahu batas-batas tersebut supaya "dunia maya" ini 
dapat dimanfaatkan dengan sebaik mungkin....

sekian..



p/s: addicted dgn dunia maya ini bkn alasan kita melupakan org sekeliling....



Saturday, August 13, 2011

Tido ~ Tido ~ Tido


Salam Blogger....
sedar xsedar hari ni dah hari yg ke-13 kita berpuasa...
cepat betul rasanya....

bagi yg bercuti hari ni, diucapkan selamat berhujung minggu
n for sure...
bila dah time ptg2 cmni, mata mesti rasa mengantuk..
dan ramai yg lebih gemar menghabiskan masa utk tido...
(mcm husband I tu....tido je keje) hehehehe...
p/s kalau abg baca entry ni, jgn marah ye...gurau2 jer...

ok..stop3..... terlebih suda....
today, petang yg mulia ni..
aku nak kongsi sket keburukan tido waktu petang...


1) Tido ptg akan membuatkan kita cepat membesar...nak tahu kenapa? growth hormone banyak waktu petang sebab tu baby suka tidur petang.hehe..bagus untuk tumbesaran..tapi kau dah cukup-cukup besar.
udah2 ler....

2) nanti gemuk...(mcm aku) ...so, lebih baik ptg2 cm ni kita g exercise!

3) nanti senang tertinggal solat... biasalah...kalau dah lajak tu kan. tak pun solat akhir waktu...aku panggil solat kembar..sebab asar nak masuk magrib atau pun magrib nak masuk isyak..jadi mari kita cuba elakkan.

4) Malam plak msti tidur lambat...sebab ptg tadi dah cover bnyak  .esok pagi, bila bngun msti rasa tak segar nak teruskan hari-hari yang indah..tak best bukan?

5) nanti akan rasa pening-pening lalat..puasnya tidak..pening lagi adalah.. yelah kalau terlebih tidur tu..same je ngantuk juga..

6) nanti takut terbuat benda pelik-pelik.contohnya tetiba bangun pi amik tuala and gi mandi...

7) mimpi pelik-pelik.. seram!!!!

So...cuba kita elak kan tido ptg dgn membuat aktiviti yg berfaedah...
sekian




Fakta atau kebetulan???



6.6.6 Lepas Kawen


Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat malam sayang...I Luv u So Much......muah3.....
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak menyempit tak bole ker???!

Pakai Toilet:

6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:

6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah... Sayang, I belikan MekD favourite U ye Sayang..
6 bulan:
Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:

6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


Pulang Kerje:

6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):

6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:

6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..




P/S : Hopefully aku ngn husband  aku xjd mcm tu.... InsyaAllah.....
I luv my husband so much...

Wednesday, August 10, 2011

Wordless Wednesday#1



sedap sungguh depa lena.....

AMARAN!!!!

HORMATI
PRIVASY INDIVIDU 
SEKELILING





p/s: kalo ko nmpak aku tngh tido dlm surau time rehat..bleh ark ko jgn bising!!!...padahal kita 3 je yg ade...
ko jgn bt mcm ko sorang je ada BF.... kalau ye pun nk "bergayut"...plz talk slowly....aku n another person tu x hengen pon nk dngr apa kau ckp..... plz la k.....

Dengan bengangnya aku bngun...pkai kasut then aku hmpas pintu kuat gila tnda protes...
Lantak la ko nk kata aku biadap ke hapa.....

Last but not lease, time aku tido, that my actual rest time..but you...."Curi Tulang" a.k.a break yg dibuat2 sndri...
aku report mau???


Tuesday, August 9, 2011

..dialog suami isteri..


Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.
Antara alasan yang diberikannya
:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah


Isteri : Kenapa pula?


Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" 
isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"


Suami : Berkenaan apa tu?


Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"


Suami : Contohnya?


Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?


Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural


Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang


Suami : Macam mana pula boleh sama?


Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS, tambah "s" je, kan?


Lepas daripada tu, si-suami tidak pernah lagi berceritakan hasratnya untuk berkahwin lagi... 


 Kesimpulannya:
sapa2 yg terasa nk MAMPUS, sila lah kawin bnyak2...hahahaha...jgn marah...guraw ja..



Happy Blogwalking....:) .. 

Monday, August 8, 2011

Khas untuk Insan yang Bergelar Isteri dan Bakal Isteri


24 peringatan untuk isteri/wanita


1. Urusan pertama yang ditanyakan pada hari akhirat nanti ialah mengenai solat dan mengenai urusan suaminya (apakah ia menjalankan kewajipannya atau tidak).


2. Apabila wanita itu lari dari rumah suaminya maka tidak diterima solatnya sehingga kembali ia dan menghulurkan tangannya kepada suaminya (meminta ampun).


3. Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar melintasi kaum lelaki ajnabi agar mereka tercium bau harumnya maka dia adalah perempuan zina dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.


4. Sebaik-baik wanita ialah tinggal di rumah, tidak keluar kecuali atas urusan yang mustahak. Wanita yang keluar rumah akan dipesonakan oleh iblis. Sabda Nabi s.a.w., “Perempuan itu aurat, maka apabila ia keluar mendongak syaitan memandang akan dia.”


5. Haram bagi wanita melihat lelaki sebagaimana lelaki haram melihat wanita yang halal nikah (kecuali dalam urusan menuntut ilmu dan berjual beli).


6. Diriwayatkan bahawa pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w. bersama isteri-isterinya (Ummu Salamah r.ha. dan Maimunah r.ha.), datang seorang sahabat yang buta matanya (Ibnu Maktum) Rasulullah s.a.w. menyuruh isteri-isterinya masuk ke dalam. Bertanya Ummu Salamah, “Bukankah orang itu tidak dapat melihat kami, Ya Rasulullah ?” Rasulullah s.a.w. menjawab, “Bukankah kamu dapat melihatnya.”


7. Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias (bukan untuk suami dan mahramnya) adalah seumpama gelap-gelita pada hari Qiamat tiada Nur baginya.


8. Mana-mana wanita yang bermasam muka menyebabkan tersinggung suaminya, maka wanita itu dimurkai Allah sehingga ia bermanis muka dan tersenyum mesra pada suaminya.


9. Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat kalau suaminya ada di rumah serta tidak mengizinkan dia berpuasa.


10. Hendaklah isteri berpuas hati (redha) dengan suaminya yang telah dijodohkan oleh Allah, sama ada miskin atau kaya.


11. Perempuan tidak berhak keluar dari rumahnya melainkan jika terpaksa (kerana sesuatu urusan yang mustahak) dan ia juga tidak berhak melalui jalan lalu lalang melainkan di tepi-tepinya.


12. Apabila memanggil lelaki akan isterinya ke tempat tidur tetapi ditolaknya hingga marahlah suaminya, akan tidurlah wanita itu dalam laknat oleh malaikat ke pagi.


13. Wanita-wanita yang menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan kemurkaan Allah, laknat malaikat juga laknat manusia sekalian.


14. Tidak harus seseorang manusia sujud kepada manusia dan jika diharuskan, maka akan aku perintahkan semua kaum wanita sujud pada suaminya kerana membesarkan dan memuliakan hak-hak suami mereka.


15. Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya sepanjang 70 hasta kemudian diikat ke belakang lehernya.


16. “Aku lihat api neraka, tidak pernah aku lihat seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita.” Rasulullah s.a.w. ditanyai, “Mengapa demikian Ya Rasulullah?” Jawab Rasulullah s.a.w. “Wanita mengkufurkan suaminya dan mengkufurkan ehsannya. Jika engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum rasa berpuas hati dan cukup.”
17. “Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri dari kaum wanita.” Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka, “Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir?” Jawab Nabi s.a.w. “Tidak, mereka ini ialah mereka yang tidak bersyukur akan nikmat suaminya, sesungguhnya tiap-tiap seorang kamu adalah dalam nikmat suaminya.”
18. Keadaan wanita 10 kali ganda seorang lelaki di dalam neraka dan 2 kali ganda seorang lelaki di dalam syurga.


19. “Kebanyakan wanita itu adalah isi neraka dan kayu api.” Hazrat Aishah bertanya, “Mengapa wahai Rasulullah s.a.w.?” Jawab Rasulullah s.a.w.:


i. Kerana kebanyakan perempuan itu tidak sabar dalam menghadapi kesusahan, kesakitan dan cubaan seperti kesakitan melahirkan anak, mendidik anak-anak dan melayani suami serta melakukan kerja-kerja rumah.


ii. Tiada memuji (bersyukur) di atas kemurahan Allah yang didatangkan melalui suaminya. (Jarang terdapat orang perempuan yang mahu mengucapkan terima kasih di atas pemberian suaminya.)


iii. Sering mengkufurkan (ingkar) terhadap nikmat Allah. (Contohnya: Apabila berlaku sesuatu pertengkaran ada isteri yang berkata sudah 10 tahun kahwin dengan awak tidak ada apa-apa pun.)


iv. Gemar bercakap perkara yang sia-sia yang berdosa. (Contohnya: Bercakap mengenai perabot-perabot rumah yang tidak perlu dan mengumpat.)


v. Kurang akal dan kurang ilmu pengetahuannya dalam agama iaitu mereka sering tertipu atau terpengaruh dengan pujuk rayu lelaki,rakan-rakan, alam sekeliling dan suasana serta kemewahan lahiriah.


20. Dari Ali bin Abi Talib r.a.: Aku dengar Rasulullah s.a.w. bersabda, “Tiga golongan dari umatku akan mengisi neraka jahanam selama 7 kali umur dunia. Mereka itu adalah:”


a. Orang yang gemuk tapi kurus
b. Orang yang berpakaian tetapi telanjang
c. Orang yang alim tapi jahil


* Adapun yang gemuk tapi kurus itu ialah wanita yang sihat tubuh badannya tetapi kurang ibadat.


* Orang yang berpakaian tetapi telanjang ialah wanita yang cukup pakaiannya tetapi tidak taat agama.


* Orang yang alim tapi jahil ialah ulama yang menghalalkan yang haram kerana kepentingan peribadi.


21. Asma’ binti Karizah Fazari r.ha. diriwayatkan telah berkata kepada puterinya pada hari perkahwinan anaknya itu, “Wahai anakku, kini engkau akan keluar dari sarang di mana engkau dibesarkan. Engkau akan berpindah ke sebuah rumah dan hamparan yang belum engkau kenali. Itulah suami mu. Jadilah engkau tanah bagi suami mu (taat perintahnya) dan ia akan menjadi langit bagi mu (tempat bernaung). Jadilah engkau sebagai lantai supaya ia dapat menjadi tiangnya. Jangan engkau bebani dia dengan berbagai kesukaran kerana itu akan memungkinkan ia meninggalkan mu. Kalau ia mendekatimu, dekatilah ia dan jika ia menjauhi mu maka jauhilah ia dengan baik. Peliharalah benar-benar suami mu itu akan hidungnya, pendengarannya, matanya dan lain-lain. Janganlah pula ia mendengar melainkan yang enak dan janganlah ia melihat melainkan yang indah sahaja pada dirimu.


22. Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu:”
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah SWT maka jagalah baik-baik fikiran mu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagalah pandangan mu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah SWT
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadap mu.
h. Ingat kepada mati.


23. Perkara-perkara yang menjadikan wanita itu derhaka kepada suaminya seperti tersebut di dalam kitab Muhimmah:
a. Menghalang suami dari bersuka-suka dengan dirinya sama ada untuk jimak atau menyentuh mana-mana bahagian tubuhnya.
b. Keluar rumah tanpa izin suami sama ada ketika suami ada di rumah atau pun tidak.
c. Keluar rumah kerana belajar ilmu yang bukan ilmu Fardhu Ain.
Dibolehkan keluar untuk belajar ilmu Fardhu Ain jika suaminya tidak mampu mengajar.
d. Enggan berpindah (berhijrah) bersama suaminya.
e. Mengunci pintu, tidak membenarkan suami masuk ke rumah ketika suami ingin masuk.
f. Memasam muka ketika berhadapan dengan suami.
g. Minta talak.
h. Berpaling atau membelakangi suami ketika bercakap.
i. Menyakiti hati suami sama ada dengan perkataan atau perbuatan.
j. Meninggalkan tempat tidur tanpa izin.
k. Membenarkan orang lain masuk ke dalam rumah sedangkan ia tidak disukai oleh suaminya.


24. Wajib bagi wanita:
a. Mengekalkan malu pada suaminya.
b. Merendahkan (menundukkan) mata ketika berpandangan.
c. Mengikut kata-kata dan suruhannya.
d. Dengar dan diam ketika suami berkata-kata.
e. Berdiri menyambut kedatangannya.
f. Berdiri menghantar pemergiannya.
g. Hadir bersamanya ketika masuk tidur.
h. Memakai bau-bauan yang harum untuk suaminya.
i. Membersihkan dan menghilangkan bau mulut untuk suaminya.
j. Berhias ketika hadirnya dan tinggalkan hiasan ketika tiadanya.
k. Tiada khianat ketika tiada suaminya.
l. Memuliakan keluarga suaminya.
m. Memandang pemberian suaminya yang kecil sebagai besar dan berharga.
n. Ketahuilah, syurga dan neraka bagi seorang wanita itu bergantung pada redha atau tidaknya suami padanya.


 

Sunday, August 7, 2011

Monday Blues

Tomorrow
8 August 2011
Monday




Arghhhhh...........




  • sleepy
  • hungry
  • bored
  • nothing to do
  • always been blame from others
  • tension
  • lastly.....sabo jer lahhhh.....kan bulan ramadhan