Followers

Wednesday, March 20, 2013

Persediaan Awal Ibu Hamil

Assalammualaikum....

To all readers, hari ni saya nak kongsikan artikel berkaitan persediaan awal bagi ibu hamil.


Pengalaman mengandung sulung bagi sesetengah ibu amat menyeronokkan dan bagi sesetengah ibu yang lain pula, mungkin mendatangkan masalah dan dibelenggu perasaan takut, kerana perubahan yang ketara dari segi fizikal dan mental. Ibu yang mengandung seharusnya membuat persediaan rapi dalam menghadapi saat-saat kehamilan. Ini bagi memastikan kesihatan diri dan kandungan berada dalam keadaan yang baik. Selain itu, suami juga perlulah memberikan sokongan kepada isterinya agar si isteri tidak menghadapi tekanan dalam tempoh kehamilannya.

Kesan-kesan Semasa Kehamilan

Dalam proses pembesaran bayi dalam kandungan, si ibu akan merasakan lenguh di bahagian kaki. Bahagian betis, peha dan jari-jari kaki akan terasa sakit dan adakalanya ia boleh menyebabkan kebas atau kejang. Sakit seperti ini biasa berlaku di kalangan ibu yang mengandung. Oleh itu, para ibu tidak perlu takut jika ia sekali sekala menyerang anda.





Semasa mengandung, kulit di bahagian perut dan payudara akan menjadi tegang, ini kerana anak di dalam kandungan yang semakin membesar. Ketegangan kulit di perut dan payudara akan menyebabkan ia kering dan gatal. Bagi mengelakkan kekeringan kulit, ibu-ibu digalakkan menyapu bahagian yang kering itu dengan baby oil atau minyak zaitun. Ibu-ibu juga diingatkan supaya tidak menggaru kulit yang kering itu kerana ia akan memudaratkan.





Pada 12 minggu pertama kehamilan, payudara akan mula membesar. Ini kerana proses pembentukan susu dan adakalanya payudara akan membengkak. Tetapi ia boleh diatasi dengan penjagaan yang lebih teliti. Perkara asas yang perlu dititikberatkan adalah pemakaian anak baju. Anak baju yang paling sesuai ialah daripada jenis kapas berbanding nylon, kerana ia berupaya menyerap udara.



Anda dikehendaki memakai anak baju setiap masa apabila usia kandungan menjangkau lapan bulan. Pada waktu inilah payudara memerlukan penjagaan yang paling baik. Payudara perlu ditampung setiap masa pada waktu ini. Bagi ibu yang mengandung sulung, anda akan dapati puting susu akan mengeluarkan sejenis cecair, iaitu ‘coloestrum’. Jangan risau, kerana itu adalah bahan permulaan untuk mengeluarkan susu. Jika anda berasa tidak selesa, lapikkan payudara anda dengan kain dan tukarlah ia apabila telah basah.

Menurut seorang pakar Neurosains, Prof. Dr. Haji Azizan Haji Ismail, ibu yang mengandung adalah tidak digalakkan meminum minuman yang berkafein seperti Nescafe atau kopi. Hal ini akan menyebab tumbesaran anak di dalam kandungan terganggu. Makanan yang mengandungi alkohol dan karbohidrat (roti, kentang, gula dan cokelat) juga perlu dielakkan. Makanan berkhasiat seperti telur, ikan, keju, daging dan hati perlu diambil ketika mengandung. Buah-buahan seperti limau, pisang, betik, tembikai, dan sebagainya juga baik untuk dimakan. Minumlah susu sebanyak mungkin kerana ia mempunyai kalsium yang baik untuk anda dan anak anda.

Dalam tempoh kehamilan, si ibu memerlukan rehat yang cukup bukan sahaja dari segi fizikal malah mental. Mental yang terganggu akan mendatangkan kesan yang tidak baik kepada badan juga anak di dalam kandungan. Pada waktu ini anda tidak digalakkan melakukan kerja-kerja berat. Satu jam selepas makan tengah hari, anda digalakkan berbaring dan membaca bahan bacaan yang ringan. Rehatkan fikiran anda dengan melakukan kerja-kerja yang ringan seperti menjahit, menyulam dan sebagainya.

Mungkin ramai ibu yang tertanya-tanya adakah boleh melakukan persetubuhan semasa mengandung? Dari segi kesihatan, hal ini tidaklah menjadi masalah pada awal kehamilan, cuma apa yang perlu difikirkan adalah caranya menyenangkan anda dan pasangan anda.

Pada empat minggu terakhir kehamilan, anda tidak digalakkan melakukan persetubuhan. Ini kerana dalam tempoh ini anda memerlukan rehat yang cukup. Tidak salah jika ia perlu dilakukan, tetapi ia akan menyebabkan anda merasa sakit. Sebaik sahaja melahirkan anak, persetubuhan haruslah dielakkan sekurang-kurangnya enam minggu. Ini membolehkan bahagian-bahagian kelahiran untuk berehat dan pulih seperti sediakala.



Credit to http://realitialamperkahwinan.blogspot.com

10 comments:

  1. bagi saya,persediaan awal untuk isteri adalah makanan tambahan-atau supplement shaklee.
    khas untuk mengekalkan kesihatan ibu,menambah tenaga.
    seperti kita tahu, ibu mengandung mesti kekalkan paras gula dalam darah,berat,hemoglobin,semua mesti kekal dalam paras dibenarkan..
    hemoglobin rendah-kene tahan wad
    berat lebih-masuk dalam senarai perhatian kencing manis-nanti doktor paksa bedah,
    ibu mengandung sering sembelit-inilah yang paling memeritkan.
    jadi untuk memastikan semua ini dalam keadaan terkawal..
    supplement shaklee amat membantu.
    dijamin halal,bersih-dari bahan semula jadi.itulah yang meyakinkan saya
    kalau minat boleh contact pembekal dengan harga istimewa.jgn contact saya:):
    pembekal shaklee:
    https://www.facebook.com/healthcute

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks admin for sharing. Info yg bermanfaat. Anyway, free2 jemput datang blog i utk info2 kekal fit dan slim.

      >>>Slim & Fit SemulaJadi ! <<<

      Delete
  2. Nice info. Kalau mau tahu tips kehamilan lainnya, cek disini ya: http://bit.ly/Zwmm8A :)

    ReplyDelete
  3. Pati sarang burung walit. Membantu mwngurangkan kahak dan batuk..mengubati
    penyakit asma..sesuai utk wanita mengandung dan juga bayi dalam kandungan.
    Mengurangkan kesan nikotin kepada perokok dan mengurangkan serangan barah.

    Tanpa bahan pengawet.Muslim produk.

    pati sarang burung rm90.00
    sarang burung 3btol rm20.00
    sarang burung 1gram rm8.00

    blh hubungi sya 0149705845 shah.

    ReplyDelete
  4. saya telah mmpunyai 3 org ank..ketika pregnancy ktiga sy rase sgt best..krn ape?sblm n sy x mkn ape2 supplement tmbhan utk pregnancy,tp utk ank ktiga n sy tlh ambl supplement Shaklee..ape yg sy rase sgt brtenaga..slps blk kerja sy msh blh menguruskn rmh n ank2 tnpa rase lenguh kaki dan badan..then supplement Shaklee pn lbh jimat..blh mkn sktika berpantang n juga menyusu sbg milk booster..ktika 7 bln pregnant, susu tlh kluar sndiri..

    your Shaklee independent distributor | ina | 019-3965506

    ReplyDelete
  5. thanks atas infonya :) sangat bermanfaat sekali.
    Jangan lupa singgah Kesini :) : Perlengkapan bbaby dan ibu hamil Trimakasih :)

    ReplyDelete
  6. Info yang menarik...
    Sy sendiri sedang hamil 36 minggu...perlukan rehat super lebih...mudah lesu.

    Dapatksn info menarik tentang kehamilan & penyusuan ibu.. di blog saya

    www.mamasyafi.wordpress.com

    ReplyDelete
  7. thanks ya, isi artikelnya keren.
    bisa bantu untuk menyelesaikan tugas saya..
    oya han klo ada kesempatan dilakan mampir ke lapak sy yang jualan kaos kaki bayi grosir..
    Trims :)

    ReplyDelete
  8. PERMANENT DOCTOR NEEDED - URGENT !!!

    We are Owner and Operator a General Practice (GP) Clinic in Bandar Sungai Long, Bangi and Putrajaya (Presint Diplomatik - Klinik Pakar KASIH).

    We are looking for a dedicated Medical Officer Requirements at Bandar Sungai Long Clinic:-
    Lady doctor
    MBBS or equivalent from a recognized institution approved by Ministry of Health Malaysia
    Possess valid Annual Practicing Certificate
    Registered with Malaysia Medical Council
    Minimum 2 years working experience in Obstetric & Gynecology
    Attended an Obstetric Life Saving Skill
    Attended A Neonatal Resuscitation Program
    Working hours negotiable with minimum on-call
    Very attractive salary

    Kindly please send to recommend CV to: aznial@gmail.com

    Clinic information:-

    PUSAT RAWATAN SUNGAI LONG
    NO. 12 JALAN SL 1/13
    BANDAR SUNGAI LONG
    43000 KAJANG
    SELANGOR
    TEL / FAX: 03-90114833

    ReplyDelete