Followers

Wednesday, March 13, 2013

Jatuh, Tak Diduga dan Check Up Kali Ke-2

Assalammualaikum...

Isnin, 11.03.2013 - Menikmati hari seperti biasa kehidupan di Perlis bersama En. Suami. Dengan cuaca yang panas terik, aku hanya berada di dalam rumah sahaja. Al-maklum lah sejak aku preggy, aku tak lagi bekerja. Boring jugak duduk di rumah ni.

Pagi tu, aku bangun seperti biasa. Kemas rumah, lepas tu makan ubat untuk kesihatan kandungan aku. Ubat-ubatan ni semua aku peroleh dari Klinik Kesihatan Ibu dan Anak Bukit Mertajam, perlu dimakan 30 minit sebelum breakfast. Aku tak adalah nak mencari ubat-ubatan sendiri seperti orang lain. Bagi aku ubat klinik / hospital adalah yang terbaik kot? heheheh.... Then time to breakfast. Nasi lemak ikan masin. Makan setengah je, 2 3 menjak ni selera makan tak ada langsung. 

ubat-ubatan


Pukul 11 am baru nak mandi kot. Perangai apa ntah. Makan kenyang-kenyang baru teringat nak mandi. Lepas mandi tergerak hati nak basuh baju. Tak pakai tangan ye, pakai mesin je. So, sambil sikat-sikat rambut sambil la duk sibuk tekan punat-punat kat mesin tu. Tiba-tiba aku terbersin. Kalau tak 3 kali tak sah ok. Spontan, sesiapa pun yang bersin of course badan dia akan terbongkok sikit kan? Masuk kali ke 3, aku rasa pinggang aku tak boleh nak berdiri betul. 

Krem! Aku jatuh tapi dalam keadaan under control bukan terhempas. Tapi, pinggang aku terasa tak ada function langsung! Sakit tak payah cakap la. Menangis yang tu ja aku mampu buat. Dalam fikiran tak habis-habis berdoa moga tak effect kandungan aku. Apa aku nak buat ni? Keseorangan di  rumah, handphone ada di bilik dan pintu berkunci. Perfect! 

Aku kuatkan hati. Berdoa dan bertawakal. 10 minit aku cuba bertenang lastly aku ambil keputusan untuk mengesot perlahan-lahan untuk mencapai handphone. Sakit dan jarak dari dapur ke bilik utama aku rasa begitu jauh dengan keadaan aku yang terbaring dan mengesot.

Hampir 15 minit juga lah masa aku ambil untuk sampai ke bilik utama. Bayang-bayang handphone dah aku nampak. Di caj di tepi pintu je. Aku capai wayar charger dan segera call En. Suami. Bila talian di sambung dalam keadaan yang menangis dan sakit aku bercakap. Suara tersekat-sekat, kedengaran En, Suami begitu risau dan akan pulang dengan segera. Talian di matikan. 

Task ke 2 perlu aku buat. Perlu ke pintu untuk membuka kunci. Aku cuba bangun, tapi langsung tak berdaya. Aku cuba meniarap. Sakit tetapi aku gagahkan jua. Alhamdulillah aku berjaya. Bagai bayi yang baru lahir aku bergerak menuju ke pintu dan sekali lagi aku berjaya. Alhamdulillah. Aku terhenti di situ, menahan kesakitan sementara menunggu kepulangan En, Suami. 

10 minit saja, En. Suami dah terpacul di muka pintu. Nasib baik tempat kerjanya dekat sahaja dengan rumah sewa kami. Aku disoal atas apa yang terjadi. Aku menjawab dalam tangisan. Sempat lagi aku dimarah supaya jangan menangis! Aku diajak ke klinik / hospital tapi aku tak berdaya bangun. Aku perlu masa untuk berehat. En. suami suggest untuk call ambulans. Aku tak nak! Cepat dan pantas aku jawab. Aku pujuk suami, aku hanya nak berehat di rumah. Tentang kandungan, aku rasa tak ada apa-apa sebab bahagian abdomen di kandungan tak rasa sakit, hanya di pinggang sahaja.

En. Suami teman aku sampai pukul 3.30 pm sahaja. Dia perlu pulang ke office untuk meeting. Hurmmm.... pinggang aku pun dah kurang sakit lepas En. Suami sapu ubat. Aku sms mak beritahu kejadian ni, mak risau, risau dan risau. Sempat lagi aku minta mak belikan nasi kandar beratuq favourite aku di Taman Alma Jaya. Mengidam! hahahaha....

Malam tu, selepas Maghrib, aku dan En suami pulang ke Penang sebab besoknya aku ada check up di klinik  kesihatan. Sampai di Penang lebih kurang pukul 9.45 malam. Masuk ja dalam rumah soalan pertama dari mak, macam mana keadaan pinggang aku? Sakit masih ada tapi kurang. Tak boleh bongkok dan tak boleh bergerak banyak. Mak ajak aku ke hospital tapi aku pujuk mak supaya jangan risau dan berjanji akan buat check up besok. Malam tu kami makan bersama, nasi kandar beratuq. Sedap!!!!

Selasa, 12.03.2013 -  Pagi tu aku tiba di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak jam 7.45 am. Appointment pukul 8 am. Sengaja datang awal sebab ramai orang. Masuk je dalam klinik tengok memang dah ramai. Angka giliran aku ialah 11. Ok lah kan? Kali ni aku minta En. suami tunggu sebelah aku. 

Nama aku di panggil. First step check berat dan tekanan darah. Second, check air kencing dan HB. Third, check kandungan dan consultancy dengan nurse. Aku terpaksa jumpa doc. Berat aku turun 1.6 kg. Aduh, ni lah penangan tak selera makan yang aku alami. 

HB ok, tapi berat Kantoi!


Semasa consultancy dengan doc, aku di leter. hahaha.. sepatutnya berat aku kena naik at least 0.5 kg. Tapi turun banyak sangat. Alasan aku tak selera makan, muntah dan pening. Doc bagi ubat tahan muntah. Then aku ambil kesempatan untuk ceritakan kejadian semalam. Aku minta nasihat doc sebab semalam tidur kurang nyenyak, sakit terasa bertambah. Aku risau takut ada effect kepada baby. 

Remark dari Doc


Doc ambil keputusan untuk scan perut. Hasil scan, degupan jantung baby kelihatan normal dan Alhamdulillah semuanya selamat. Doc advice aku minum susu untuk kesihatan ibu dan cari susu yang ada kalsium tinggi. Contoh Anlene. Bila preggy beban kepada ibu bertambah. Jadi ibu perlu tulang yang kuat untuk menampung beban tu. So? tak kan kena minum susu Anlene pula? Nak minum Anmum pun tak lepas-lepas. Hadoi.....

Lebih kurang pukul 10 am semuanya selesai, Pulang ke rumah untuk berehat sebab petang nanti nak travel balik Perlis pula. 

Moral selepas ni : 
1. Minum susu ikut jadual
2. Makan ubat pun ikut jadual
3. Jangan buat kerja berat. Semua suruh En. Suami buat. hahahaha
4. Makan dalam kuantiti sedikit tapi kerap. Tak selera pun kena makan juga
5. Berehat secukupnya


1 comment: