Followers

Wednesday, July 13, 2011

Aku Seperti Di Tusuk...........

Salam,

Kiriman seorang ahli jemaah masjid al-munawwarah untuk makluman anda.


Aku, Lim dan Islam
by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak.
Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.

Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.
....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.
Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...
Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?
kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?
Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?
Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?
Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?
Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.
Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.
Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.
Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.
P/s : sebagai Tauladan..








Monday, May 16, 2011

Tak Tahu Malu!!!!

Assalammualaikum...
rasanya dah lama ayumi xber "blog"
al-maklum la.....
kekangan masa dan sejak dua menjak ni bz jer...

post kali ni, ayumi nk story morry sket..
Ayumi bengang betol la....
bkn apa...
budak2 zaman sekarang ni dah xtahu malu....
n dah xambik kisah mata2 yg memandang...

bkn ayumi nk kecoh
bkn juga ayumi nk jga tepi kain org...
tp respect la sikit...

crita dia mcm ni, sabtu lepas, ayumi ambik bas dari Butterworth ke Alor star
so, dlm bas tu xde la ramai sngt penumpang....
dpan ayumi ada indian couple..
blakang ada 2 chinese guy
tmpt2 yg lain pun ada gak org cma bas xpnuh..

xpelakan.....kite pun rilex jer..ingat nk lelap..
ngntuk baru balik keje....
tapi indian couple dpan tu bikin panas...
duk bt projek sakan...

xjeles pun tp agak2 la...BAS tu wei....
bkn hotel motel....
aku nmpak kot apa yg korang buat...
mmg dasar xtahu malu...
bebai trus!!!!

nasib la bkn bangsa aku...
kalo x, mmg kna sound....
lantak la.....masing2 sangap....

moral dia: jgn la duk bt perangai mcm ni...pastikan sah dahulu!!!

Monday, April 11, 2011

Penantian....akhirnya....

Salam....
wah2..rasanya dah lama xupdate blog ni
yela kan...tenet asik prob jer
hari ni Ayumi seronok sngt.....
penantian selama 4 bulan 
akhirnya berakhir....

Actually minggu lpas ayumi ada attent 1 interview
rasanya bila di sebut tentang interview
msti rasa nerves sngt2...
yelakan......
for sure bnyak soalan2 cepumas yg akan ditanya...

interview ni pun agak complicated la....
1st session kna jawab soalan mathematic...
haduh...sy xsuka math....
tapi....nasib baik soalan tambah2 jer

habis yg tu....
ada lagi...2nd session..
yg ni yg xsuka ni....
yela kan kna ngadap manager comp tu

yg best nya, bos pnya la sporting
xtnya bnyak...that i like!!!
cuma tnya background 
then...
WHY u like to work in this comp??
hape lagi bedal je la...
walaupun lidah ni kelu utk berbicara
hentam saja lah labu....

lepas seksa yg tu 
ada lagi
3rd session
medical check up
rasa cam xmasuk akal ja kan??
nk duk dlm office pun kna check segala bagai....
ikut jer lah..asal check up tu free

besoknya....mulala perjalanan ke klinik BM 1 utama..
pakai En.Garmin daaa.....(xtahu jln)
smpai jer, kna bt urine test, blood test, X-Ray n ECG
gile gaban......malu beb.....but why???
hahaha......rahsia......
so..setel la semua....

balik rumah tnggu jer panggilan hangit,..
hihihi

11 April 2011 tepat jam 5.24 pm
Hp bunyi....
then..tahniah anda telah diterima bekerja di syarikat kami...
sila lapor diri 3 Mei 2011pukul 8 am
haduh....mcm nk jerit jer...happy sngt2
Syukur.......


pasni kna la bngun awal...
then kna keja rajin2.....
baru boleh nek pangkat...
hihihihi.....InsyaAllah.....