Followers

Tuesday, January 15, 2013

Anugerah - Part 1

Assalammualaikum....

Flashback...
Ahad 13 January 2013. Aku, Mr. Hubby, mak serta adik-adik keluar untuk lunch kat sebuah restoren di Bandar Perda. Then, lepas makan, kitaorang ronda-ronda sekejap. Balik rumah pun dalam pukul 4 camtu. Aku terlalu letih dan rasa tidak selesa di perut yang ku tanggung hampir 2 minggu membuatkan aku terasa begitu mengantuk. Sampai depan rumah ja aku terus ke bilik dan baring. Tak sampai 5 minit terus lena dengan jayanya. 

Aku terjaga semula lebih kurang pukul 6. Ngilu di perut masih belum hilang. Aku sangka ini hanya sakit sebelum datang Cik Bulan. Saja nak buat manja, aku mengadu kat Mr. Hubby. Silap aku jugak, Mr. Hubby ni pantang kalau aku cakap sakit, maunya diheret aku ke klinik. So, dalam pukul 6.30pm, kami menuju ke Klinik Union di kawasan Alma. Sampai sahaja di klinik, aku terus register. Dalam 15 minit nama aku di panggil. 

Aku melangkah masuk ke dalam bilik doc dengan perasaan risau. Bila doc tanya sakit apa, aku pun ceritalah pada dia. Actually period aku memang delay. Then doc suggest aku buat upt. Bila sebut pasal upt, jadi malas aku. Last 2 weeks aku dah buat di rumah tapi negatif. Dalam hati aku ni memang agak kali ini pun akan negatif jugak. 

Aku pun mencapai botol urine test dan menuju ke toilet. Aku ni tak tau nak jadi apa. Setiap kali ke klinik, setiap kali nak bt urine test mesti tangki aku kosong. Hampir 10 minit jugak aku dalam toilet. Hasilnya ada la sedikit. Sampai Mr. Hubby datang bgtaw doc dah banyak kali panggil aku. Tawakal saja lah dengan urine aku yang ada tak sampai 5 titik nih.

Botol urine bertukar tangan, doc pun membuat kerja ujikaji beliau. Then, dia duduk dan menaip sesuatu di pc nya. Selepas 2 minit, doc bangun semula untuk melihat hasil upt aku. Dengan muka yang serius dia bagitahu yang awak sah mengandung. Hah?????  Betul ni doc? Kata aku terkejut dalam percaya dengan tidak. Mr. Hubby terus bangun dari tempat duduk belakang terus mendapatkan doc. Dia belek sungguh-sungguh upt tu sambil bertanya doc serius ni??? Doc tu cakap ya. Aku pun tak terkata apa. Nak tanya apa pun dah lupa. Doc cakap dia tak akan bagi ubat dan dia suggest aku untuk cari pakar sakit puan jika aku nak tahu keaadaan baby aku.

Kami berdua melangkah keluar dari bilik doc ke ruang menunggu. Tangan aku dah menggeletar. Air mata pun dah bergelinang tapi aku tahan. Selesai buat bayaran, kami berjalan menuju ke kereta.

Jelas keseronokan dari mata suami aku. Tapi aku? Tak gembirakah? Dalam percaya atau tidak aku buat keputusan dan berkata pada Mr. Hubby, aku nak try ke klinik lain pulak. Alasannya nak double confirm.
Hubby pun ikut saja. Tapi sebelum tu, aku cadangkan kami round-round pasar malam kat sebelah tu. Cari air nak penuhkan tangki. Nanti kalau tangki kosong, macam mna nak buat urine lagi sekali. Hahahaha...

Lebih kurang pukul 8 pm, kami melangkah ke klinik ke 2, Klinik Topcare. Sebenarnya aku tak suka klinik ni disebabkan doc dia yang suka beranggapan aku ni sakit teruk. Ada la 1 peristiwa antara aku dengan klinik ni.. So, selepas register, nama aku dipanggil.

Seperti yang aku duga, Doc yang sama. Aku dipelawa duduk. Doc membuka bicara. Katanya, This is the second time i see you. So, how the medical check up that I ask to refer hospital. Any result?
Aku hanya memberitahu, Time I pergi medical check up tu, I dah bt urine test, blood test & x-ray. Doc pakar cakap I ok. Normal. Tak sakit buah pinggang pun. Ada ka dia cakap aku sakit buah pinggang. Kurang darah merah la. Aku ni sihat. Tak ada penyakit kronik camtu.

Aku pun tutup cerita pasal tu dan buka cerita baru. Tujuan aku datang klinik ni. Lepas aku cerita, doc cakap, seeI told you. Maybe got problem with your health. I think you kena go scan you punya perut. I takut ada problem. Muka you pun tak nampak macam orang sihat. There's something on your face that tell me that u ni tak sihat. Ya Allah. Sabo je la. Doc ni suka buat teori dia sendiri tanpa checking. Dari luaran ja dia boleh tau yang aku ni sakit macam-macam. 

Kali ni aku cuba berkeras. Aku membuka bicara, doc, I delay period, I datang sini nak minta you tolong I buat upt test. Doc tu menjawab, I bukan tak boleh buat, I boleh tapi tu tak boleh detact you sakit apa. Aku diam dan menunjukkan rasa tak puas hati. Lastly doc minta dia punya assistant sediakan peralatan untuk upt.

Aku melangkah keluar dan terus menuju ke toilet. Kali ni sekejap saja sebab tangki aku penuh. Senang la...
Botol urine aku beri pada assistant doc. Menunggu di luar dalam 5 minit. Doc muncul di muka pintu sambil tersenyum. Aku di panggil dan dipelawa duduk kembali. Hasil upt ditunjuk pada aku. Positif!! 

Kali ni hati aku seronok. Tapi doc no kasi spoil. Dia cakap selalunya upt 99% boleh percaya. Tapi certain cases ada yang positif tapi tak pregnant. So, better besok you datang semula ke klinik untuk scan u punya perut. Kita kena check sama ada you punya baby ok or not. Doc juga bgtahu kalau ikut perkiraan dari tarikh last period, baby aku dalam 10 weeks. Mai aii...tak kan kot.

Aku sempat dipesan supaya tak mengambil sebarang ubat melainkan atas nasihat doc. Kit upt test tu aku minta untuk dibawa balik. Doc hanya senyum sahaja. Aku cakap pada Mr. Hubby nak ambil buat kenagan.

Samar-samar je line nye. 


Adakah aku betul- betul pregnant? Boleh percayakan semua ini? Soalan-soalan ni akan terjawab di entry yang akan datang. Wassalam...

No comments:

Post a Comment