Followers

Monday, January 21, 2013

Susu Untuk Ibu Hamil

Assalammualaikum...

Lately emosi sungguh tidak stabil. Suka menyendiri dan tak boleh orang silap cakap, dengan tak dipinta air mata akan keluar tak henti-henti. Kata orang ibu hamil memang begini. Emosi mudah terusik. Pembawakan budak lah katakan.

Entry kali ni adalah berkaitan susu untuk ibu hamil. Perlukah? Of course la. Semua ini untuk baby comel kat dalam ni. Supaya baby dapat membesar dengan sihat dan sempurna.

Kelmarin petang, aku dan Mr. Hubby ke Tesco. Tujuan nak survey susu untuk ibu hamil macam aku ni. Actualy aku pun sebenarnya tak berapa pasti nak pilih yang mana. Sebelum shopping, ada la aku survey kat blog kawan-kawan yang ada pregnant experience.

Sedang aku dan Mr. Hubby membelek-belek, datang seorang promoter mempromote susu Dumex Dumil Mama.  Aku pun dengar lah dengan penuh minat. Then aku tanya pada promoter tu, kalau susu anmum macam mana pula? Dengan endah tak endah, dia meninggalkan kami dan dari jauh kelihatan seorang lagi promoter yang berunifom Anmum datang menghampiri kami. Dari jauh dia tersenyum mesra.




Promoter tu bertanya pada aku dah berapa bulan pregnant? Lalu aku menjawab hampir 2 bulan. Owh.. ini kiranya first time lah nak beli susu ye. Aku hanya tersenyum. Dengan mesra promoter tersebut menerangkan satu persatu kebaikan susu Anmum. Perbezaan antara brand Anmum dengan brand susu-susu yang lain. 






Kebaikan Anmum Materna:

Folat: Folat adalah penting untuk pertumbuhan dan pembahagian sel-sel dalam kedua-dua ibu dan janin.

Diuji Secara Klinikal: Kajian telah menunjukkan bahawa wanita yang mengambil asid folik yang diperkaya dengan susu telah meningkat pada tahap folat darah. Anmum Materna adalah asid yang tinggi folik susu tepung yang diuji secara klinikal.

Gangliosida & DHA: Nutrien yang terdapat di dalam otak. Perlu sel-sel otak mula terbentuk seawal 27 hari selepas persenyawaan.Gangliosida boleh meningkatkan keupayaan pembelajaran dan pengekalan ingatan.

Zat Besi: Adalah faktor dalam pembentukan sel-sel darah merah yang menyokong peningkatan jumlah darah 50% semasa mengandung.

Kalsium: Membantu membina tulang yang kuat.

Baru! DR10 Probio ™ & Prebiotik (Inulin): Inulin adalah prebiotik, yang membantu untuk mengekalkan persekitaran usus yang baik. Sementara itu, Probio DR10 ™ adalah sejenis bakteria baik. Ia adalah penting untuk ibu hamil untuk mempunyai persekitaran usus yang baik untuk penyerapan nutrien yang berkesan.


Menurut kawan-kawan Mr. Hubby dan kawan-kawan blogger, susu anmum Materna ni yang paling bagus. Walaupun harga agak mahal tapi pastinya setiap ibu menginginkan yang terbaik untuk baby. Betul tak? Disebabkan aku ni jenis yang tak suka minum susu, jadi perisa coklat jadi pilihan. Pagi tadi dah minum secawan. Rasanya not bad. Promoter tu pesan minum 2 kali sehari. Pagi dan malam.

Harap sangat baby dalam perut dapat membesar dengan sihat dan sempurna. InsyaAllah.....



7 comments:

  1. Thanx for da info..wife saya baru di sahkan hamil selama 1 bulan..saya pon pening nak cari susu..nasib lah blog ni ada story pasal susu..tq... =)

    ReplyDelete
  2. wah bermanfaat sekali yah info susu ibu hamilnya. terimakasih. oh ya ada info nih. Asam Folat akan bisa mengurangi dan mencegah timbulnya bayi lahir cacat. info lainnya bisa klik disini yah http://goo.gl/k9yPG3

    ReplyDelete
  3. saya pun mengamalkan minum susu anmum materna perisa coklat. memang sedap.. saya pun baru disahkan mengandung. .. alhamdulillah

    ReplyDelete
  4. Assalam..saya dh pregnant 8 bulan..sy baru try mnum anmum materna perisa coklat dh msuk kotak ke 2..mmg sedap..

    ReplyDelete
  5. Assalam..saya dh pregnant 8 bulan..sy baru try mnum anmum materna perisa coklat dh msuk kotak ke 2..mmg sedap..

    ReplyDelete
  6. Assalam...kandungan sy bru msuk 6 buln...bru mula nk mnum susu ni...alhamdulillah sedap sgt..

    ReplyDelete
  7. Assalam...kandungan sy bru msuk 6 buln...bru mula nk mnum susu ni...alhamdulillah sedap sgt..

    ReplyDelete