Followers

Thursday, January 17, 2013

Anugerah - Part 2

Assalammualaikum...

Entry ini adalah sambungan kepada entry sebelum ini. Kepada sesiapa yang miss out, boleh check di sini.

Flashback...
14 January 2013, pagi tu aku bangun agak lewat disebabkan semalam agak lewat aku tidur. Bukan sengaja atau terlalu excited. Tapi hati masih lagi ragu-ragu dengan kandungan aku. 

Teringat lagi semalam, selepas aku pulang dari klinik, aku dengan perasaan gembira menunjukkan hasil upt aku kepada mak dan adik-adik. Mulanya mak tidak faham, tetapi setelah angah menjerit "kak, hang pregnant ka? Satu rumah riuh rendah dengan suara dia. Aku hanya mampu tersenyum. Tapi bila aku pandang wajah mak, tampak dia macam tak gembira. Kenapakah? Abah yang berada di dapur, aku tak pasti sama ada dia tahu atau tidak. Tetapi semasa aku menjamah makanan di ruang tamu, angah cuba bertanya kepada abah. lalu abah menjawab "Mesti lah excited, dah lama menunggu cucu pertamaku". Itu membuatkan aku tersenyum sampai ke telinga.

Malam itu agak sayu bagi aku. Seperti biasa, Ahad akan jadi pemisah kami suami isteri. Mr. Hubby akan pulang ke Kangar, Perlis atas tuntutan kerja. Mungkin waktu tak mengizinkan. Jadi selepas Mr. Hubby pulang, aku hanya menghabiskan masa di dalam bilik sambil bermain dengan abang (my sweet & handsome cat). Dalam hati terdetik, mungkinkan aku masih boleh pelihara si abang lagi selepas ini?

Mr. Hubby call aku dalam pukul 12.05am. Dia selamat sampai di Kangar. Malam itu, kami bersembang pasal baby jer. Dah jadi satu benda wajib bagi kami, sejak tahun 2008 hingga kini setiap malam kami akan bergayut. Akhirnya mata aku lelap begitu saja. Last aku tengok jam pukul 2 am. 

Seperti yang di pinta doc, petang itu dalam pukul 4 pm, aku mengajak emak ke klinik. Pada mulanya, dia tak mahu ke Klinik Topcare. Katanya klinik itu doc nya lelaki, seganlah nak scan perut. Jadi, emak mengajak aku ke Poliklinik Ikhsan. Aku menurut sahaja. Seperti biasa, selepas register, namaku dipanggil.

Melangkah masuk, doc Mazian tersenyum. Aku pernah mendapatkan rawatan dengan doc ni awal tahun lepas. Sama kesnya, lewat period. Kali ini emak membuka bicara, dia sudah kenal dengan doc Mazian. Seperti biasa, mengikut kiraan beliau, baby aku mungkin 10 minggu. Aku diminta untuk berbaring di katil untuk memulakan proses scan. Aku lihat mesin scan yang klinik ni gunakan mungkin usianya hampir sama dengan emak. Bila doc Mazian try scan berkali-kali, diletak di kiri kanan, tengah tapi image langsung tak nampak. Hati aku risau. 

Doc Mazian putus asa dengan mesinnya, lalu beliau berkata mungkin mesinnya rosak. Mungkin juga sudah lama tak digunakan. Tapi bagi aku, mungkin doc patut beli mesin baru yang lagi canggih sedikit. Gurauku dalam hati. Doc nasihat untuk scan di klinik lain sahaja. Selesai membayar bil, aku memujuk emak untuk ke Klinik Topcare. Mak setuju.

Sampai di Klinik Topcare, aku register dan namaku dipanggil. Ku lihat doc yang lain yang attend aku, bukan doc yang cerewet tu. Wah..nasib!! Aku dipelawa duduk sambil doc itu tersenyum gembira memandangku. Doc membaca details rawatanku dalam pc beliau. Dia berkata "kelmarin sudah check, you punya upt positif. Jadi hari ini nak scan perutlah. Mari baring kat sini" doc mempelawa aku. Aku lihat mesin scan nya lebih canggih dari tadi. Screen pun besar. Sejenis gel di sapu di perut aku, lalu tombol mesin itu diletak dan ditekan kan di bahangian perutku. 

Yang macam "ring" tu lah baby aku. Baru 5 weeks.



Aku sungguh teruja dengan image yang doc tunjuk pada aku. "Lihat ini you punya baby, yang macam ring ni. I don't think your baby is 10 weeks. Kalau macam ini baru 5 weeks. So, you tak payah fikir-fikir lagi. Sah you memang pregnant!" Gembira! Syukur! Itu yang mampu aku rasa. "Sangat kecil you punya baby. Jika tak check betul-betul, tak akan perasan you punya baby. Nanti I print image n kasi sama you lah" Doc ini pandai betul mengambil hati aku.

Aku bangun dan membersihkan bahagian perut aku. Aku tatap wajah emak. Tersenyum. Syukur. Emak kini percaya aku betul-betul mengandungkan cucunya. Aku kembali duduk di tepi doc. Satu album diambil, di tunjuk usia kandungan aku dan ciri-ciriya. Aku dipinta untuk datang kembali 6 February untuk second scan. Doc cakap untuk pastikan keadaan baby normal. 8 weeks baru boleh nampak jantung baby. Teruja!

Kali ini, aku melangakh keluar dari klinik dengan perasaan bahagia. Aku bakal jadi ibu! Impian aku selama 2 tahun kini hampir jadi kenyataan. Masuk je dalam kereta, aku serah pada emak image tadi sambil berkata "ni cucu emak" Mak hanya senyum dan membelek-belek image tu.

Tiba di rumah, aku dapat panggilan dar Mr. Hubby. Ditanya sama ada aku dah ke klinik atau belum. Aku tipu cakap belum. Tapi Mr. Hubby tahu aku tipu, ntah macam mana dia boleh tahu? Ahli nujum kot!
Ditanya lagi sama ada aku ada ambil gambar atau tidak? lalu aku cakap doc ada bagi image tu. Cepatlah "wassap" katanya. Lalu aku send image itu kepadanya dan terangakn apa yang doc bagitahu pada aku. 

Aku bakal jadi ibu. Mr. Hubby bakal jadi ayah
Emak bakal jadi tok. Abah bakal jadi Tokwan
Angah bakal jadi Mak Ngah. Adik bakal jadi Mak Su.

Aku bersyukur pada Mu Ya Allah kerana memberi Anugerah yang amat bernilai dalam hidupku.
Peliharalah kandungan ku ini hingga anak ku bisa lahir dengan selamat dan Kau jadikan lah dia seorang anak yang Soleh / Solehah. Terima Kasih Ya Allah!!


No comments:

Post a Comment