Followers

Tuesday, January 3, 2012

Aku kah yang Terlambat???

Macam poyo je tajuk entry ni kna?

Actually..ni pasal Filem Ombak Rindu. Aku agak terkilan juga dengan cerita ni sebab aku tak sempat nak menonton di panggung wayang. Bukan apa mungkin takdir kot. Huh!! ayat pasrah. Dua tiga kali nak booking tiket kat gsc.com tak menjadi. Internet buat hal lah, TAC tak masuk-masuk, then hall penuh la. Macam-macam.Last-last tengok kat youtube jer sorang-sorang. Layan jiwang sungguh sampai menangis-nangis.

Tahniah pada Director Osman Ali if I not mistaken dia punya nama. Malas nk google dah.. sbb filem yang sangat menyentuh hati. Kepada Maya Karin, Aaron Aziz, Lisa Surihani, Bront Palarie dan seangkatan dengan nya. Tahniah jugak sebab lakonan yang sungguh bagus. Dan yang paling penting, kepada penulis novel Ombak Rindu, Fauziah Ashari, jalan cerita kisah ini sungguh tersangat-sangat best giler. Even novel ni aku dah baca masa zaman sekolah-sekolah dulu, tapi masih lagi aku ingat sampai sekarang. And the best part is, macam mana dahulu aku menangis baca Novel Ombak Rindu, macam tulah aku menangis bila tengok Filem Ombak rindu.

Tapi agak-agak filem ni ada sambungan tak seperti novel dia?
Mr. Director..please answer me. k.....

Lagu dia pun best ..layan....



P/S : Part lagu yang ni aku tujukan khas buat suami ku yang berada di Perlis
hah..dah macam tuju lagu kat Mutiara.fm ja...

Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung
Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Monday, January 2, 2012

ShoutMix

Salam Blogger

Ini berkenaan dengan shoutmix box yang korang duk guna untuk chating dalam korang punya blog.


Jika korang on korang punya blog dan shoutmix korang jadi macam ni itu tandanya account korang dah kena block. Starting Jan 2012, akaun shoutmix yang dikategorikan percuma akan di block kecuali dinaik taraf kepada pelan yang telah dibayar.

So, maksudnya shotmix ni hanya boleh digunakan jika korang berdaftar bawah plan yang ditetapkan dengan bayaran mengikut pakej yang diambil. No more free okay....

Jadi mari kita menyerbu Cbox plak. Korang boleh click link ni http://www.cbox.ws/ 
Function dia lebih kurang dengan shotmix. Setakat sekarang ni, Cbox ni free okay.....

Maaflah...Entry ni touching sikit...

2 Januari 2012

Malam ni hati aku sebak, sedih semua bercampur baur. Aku rasa seperti arah hidup aku hilang.
Kosong jiwa ini. Dah Setahun aku terpaksa menghadap apa yang dinamakan perkahwinan jarak jauh. Seksa!
Tapi disebabkan tuntutan hidup dan masalah ekonomi, aku pasrah.  

Dua tiga hari ni, aku rasa macam nak tinggalkan Pulau Pinang dan pulang semula ke Perlis untuk hidup di samping suamiku. Aku sedih tinggal di sini, bukan kerana sendirian. Aku masih punya keluargaku, mak, abah dan adik- adik yang selalu ada disisi. Tapi bila difikirkan pula nasib suamiku di sana seorang diri. Aku rasa bersalah kerana menjaga nya merupakan tanggungjawab aku.

Memang suamiku tak pernah kisah dan dia sendiri mengizinkan aku bekerja di sini. Tapi lama-kelamaan aku rasa sampai bila aku mahu meneruskan kehidupan seperti ini? Permohonan pertukaran suamiku pun entah bila hendak diluluskan pihak kementerian. 

Sebetulnya aku sudah tawar hati hendak melangkah ke tempat kerja ku. Kerana aku tahu, walau sebaik mana dan sesempurna manapun tugas yang aku lakukan, tetap tidak nampak bagus di mata mereka. Dasar perkauman. Aku juga tahu permainan yang hendak mereka mainkan ke atas aku. Sengaja mencari kesalahan aku supaya mereka boleh jatuhkan dan anggap aku sebagai bola. Tendang ke mana saja yang korang suka.
Hingga kini aku masih sabar. Tapi sampai bila aku nak tahan dengan ujian seperti ini?

Aku juga masih punya hati dan perasaan. Beban kerja yang ku tanggung sungguh tak padan dengan gaji yang aku terima.  Aku masih sabar. Boleh dikatakan setiap hari aku pulang ke rumah dengan tekanan. Namun bila jejak kaki ke rumah,  dihala terus ke dalam bilik.. Hati terdetik, pada siapa harus aku adukan semua masalah ini. Sekurang-kurangnya jika air mata mengalir, ada seseorang yang bantu menyeka titisan itu. Tapi.....suamiku jauh di sana. Aku hanya mampu call, dan menangis di sebalik handfhone tanpa dia tahu.

Ya Allah..Aku serahkan semua padaMu. Kau berilah aku petunjuk keputusan apa yang harus aku buat sebab aku dah tak mampu menahan semua ujian Mu ini Ya Allah. Aku mohon kau cepatkan lah pertukaran suamiku supaya aku dapat hidup tenang di sisinya dan kau bukakan lah pintu rezekiMu padaku agar aku memperoleh pekerjaan yang lain.Amin..

P/S : Abang..B sayang sangat kat abang