Followers

Monday, January 30, 2012

Juara ke Tak, Sama Saja...


Salam Blogger

Entry ini ditulis ketika aku sedang  mencuri sisa-sisa tulang di tempat keja aku (Disebabkan aku ni seorang yang tulus, aku tak guna internet di pejabat...Balik Rumah aku publish guna P1 aku..)

Al maklumlah, mod raya masih ada. Jadi aku pun secara automatik tak banyak keja. Keja melengung jer lebih. Di tambah pula supervisor aku masih lagi bercuti...

To Mr Koay and Ms Wa.. Happy Holiday ok!! (tangan Di dada, Mata ke atas)



 

First of all, aku nak ucap tahniah pada Hafiz yang telah menjadi juara dalam anugerah Juara Lagu ke-26 semalam. Kejayaan yang tidak diduga. Dengan hanya memakai track suit dan t-shirt pun boleh jadi juara.... Logik x?
 
Selepas jer menonton AJL 26 di www.tv3.com.my live streaming, aku sempat mejengah laman sosial Facebook dan Twitter. Boleh dikatakan 80% dalam friendlist aku mengeluarkan pelbagai status berkaitan AJL. Komen-komen yang ditulis mengalahkan juri profesional. 

Bila artis favourite menang, diagung-agungkan tetapi jika artis favourite kalah.. Dikutuk-kutuk.. Apepun, Chill ok!! Rilex!  Anggap sahaja semua itu rezeki diaorang untuk tahun 2012 ni. Lagipun menang dan kalah adalah adat pertandingan. Redha je k. Tahun depan cuba lagi. Dan aku rasa, semua peserta tak kurang hebatnya. Kenapa?  Kalau tak hebat, tak kan lah nak masuk peringkat akhir ..ye tak?

Ni aku bagi info sikit pasal AJL..(aku tahu korang dah tahu..saja nak menyemak wall Blog aku)

Anugerah Vokal Terbaik : Hafiz - Awan Nano
Anugerah Persembahan Terbaik : Alyah - Kisah Hati

Tempat Pertama :Hafiz - Awan Nano
Tempat Kedua : Gabungan 3 suara Shila Hamzah, Ning Baizura, Jacklyn - Beribu Sesalan
Tempat Ketiga : Faizal Tahir - Karma

Congratulation to all....!!!



p/s ; Banyak betul duit diorang anjur competition macam ni..Membazir jer. Bagi kat aku kan bagus!!

Ko Jangan Tak Ngaku Ko Tak Jiwang!!!

Salam Blogger Untuk Semua!!!

Situasi

Tin Mon        : Bosan Do!! Pasang la radio.

Latip Pah      : Jap..Jap.. Kita dengar radio Sinar.fm Lagu dia jiwang sehhh!! Meleleh kasi tangkap lentok punya.

Tin Mon        : Kepala Hotak kau! ko ingat aku ni jiwang karat mcm ko ke? Nak melayan lagu cintan-cintun. Berbulu tau tak!

Latip Pah      : Hek eleh... ngata orang plak. Ok pe, ha..kau cuba dengar. Fullamak...lagu peberet aku plak ni. Ko cuba dengar aku nyanyi. 3 bulan aku duk hafal lirik taw tak! "begitulah awan nano,
nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano, nano... dia tahu, dia gadisku..........

Tin Mon        : Sudah2.. Sakit telinga. Nano..Nano... Meh sini aku tukar channel. Dengar Hitz.fm lagi best.

Latip Pah       : Alah..bangga sangat dengan orang puteh dia tu. Padahal kelabu asap je aku tengok.

Tin Mon        : Ko mana tau. Ni ha Lagu Lady Gagal . Muzik dia boleh goyang-goyang kepala. Kalo dengar lagu jiwang macam ko, bleh ngantuk jadinya!


For sure situasi macam ni korang pernah alami kan?  Lagu berbahasa melayu seringkali dianggap sebagai jiwang dan ramai muda mudi remaja sekarang suka mendengar lagu bebahasa Inggeris. Kononya sesuai dengan peredaran zaman dan muzik yang moden. Ala-ala clubbing gitu.

Tapi adakah korang semua perasan? Lagu berbahasa Inggeris dan Melayu lebih kurang sahaja tahap kejiwangan nya. Tak caya? Meh aku bagi contoh:

Artis : My Chemical Romance
Tajuk : I Don'T Love You

Eh..Kan jiwang tajuk tu?  Kalo ikut banyak lagi..cuma malas nak tanya Pak Cik Google jer...dia pun dah ngantuk!

P/S : Actually, aku adalah salah seorang yang lebih gemar mendengar lagu berbahasa Inggeris dari Bahasa Melayu. Eh2..Jiwang kan? Adelah sikit.....

Thursday, January 5, 2012

Kaca Mata Ku

Salam Blogger dan Salam 1 Malaysia.

Boring-boring dah tak tau nak buat apa tetiba aku terfikir nak post entry ni. Hari ni aku nak cerita perihal cermin mata.  Aku rasa insan-insan yang satu spesis dengan aku mesti menganggap cermin mata ni sebagai 1 keperluan dalam hidup. Tanpa dia gelaplah dunia...Tak gitu?

Aku start pakai spec tahun 2006. Time tu aku baru first sem dekat UiTM. Al maklum lah tabiat aku yang suka ngadap laptop ditambah pula suka duduk di tempat yang kurang pencahayaan. Kadang-kadang ada gak baca buku dalam gelap. Last-last bukan aku baca buku tapi buku baca aku. Alah itu perkara biasa!

Ni aku nak cerita sejarah spec aku kat korang. Koleksi lah katakan

Pic ni aku ambik masa event Fiesta De'Futsal kat kampus aku. Yang ni spec aku tahun 2006. Brand dah lupa. Lama sangat dah. Bingkai pun aku dah lupa simpan kat mana. Aku buat di kedai cermin mata area Seri Iskandar, Perak guna duit PTPT-PU. hahahah....

2006



Pic ni aku ambik kat depan kampus aku. Waktu tu kami baru balik konvoi Part 5 ke Taiping. Spec ni brand Playboy a.k.a spec favourite aku. Aku sayang gila. Cantik dia pnya design. Aku buat di kedai cermin mata di Krico Bukit Minyak. Rasanya aku guna duit PTPT-PU jugak kot. Tapi sayang, spec ni hilang. Tercicir dari kereta. Sedih giler.




2008 - Playboy style



Yang ni pula spec tahun 2009. Brand Levis's. My mother sponsor baru sebab spec lama hilang. Pakai tak lama sebab ntah kenapa tetiba rasa tak sesuai dengan muka. Masa beli ok jer. Bingkai dia sampai sekarang masih disimpan dengan elok.  Buat di kedai yang sama dengan Spec brand Playboy tu.

2009


Ini pic agak skema sebab snap di office. Tengok headset dekat telinga pun dah tau keje customer service.
Aku buat spec ni di Tesco E-Gate Penang. Brand apa ntah, tak ingat. Boyfriend sponsor. Sekarang boyfriend tu dah bertukar jadi Hubby. Bingkai still ada disimpan dengan elok. Kadang-kadang still pkai even sedikit kabur. Sayang sebab spec ni ada fotogrey.




2009

Yang ni yang paling Latest. Raya Tahun 2010 di kampung halaman. Spec ala ekonomi. Frame dan cermin dibeli asing. Brand Ray Ban cap Ayam. Al-Maklumlah, dah tak da sapa nak sponsor. Hehehehe...Aku buat di kedai cermin mata dekat Bagan Ajam. Diaorang cakap murah. Tapi cam sama ja harga. ermmm..aku tau. Nak promote je lebih.





Sekian. Kisah hidup spec aku.